Thursday 26 October 2017

Tamu Kanai Sri GAnda


Jeti di kampung Sri ganda yang merupakan Projek Pembangunan Negeri Peruntukkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.      
 Saya sering melihat pertarungan menarik Black Bass di You Tube dan ia sungguh menakjubkan. Kerakusannya meragut gewang menjadi idaman ramai pemancing dan ia juga menjadi impian saya yang sudah lama diperam.

Kos memancing Black Bass di luar negara yang tinggi menyebabkan ramai yang hanya meleleh air liur apabila melihat pertarungannya di media sosial. Sebagai alternatif ramai yang telah ke Kalimantan atau pun Sabah yang mana kos memancing di sana jauh lebih murah dan masih tetap membuahkan hasil yang lumayan.

Trip ke Sri Ganda ini merupakan trip yang ditunggu-tunggu setelah membuat persedian yang lengkap dan terbaik bagi mengelakkan kegagalan melawan kekuatan Black Bass atau pun dipanggil "Kanai" di Sabah.


Bot yang kami gunakan untuk menduga lubuk-lubuk di Sri Ganda      
Persediaan Awal
Tali utama 40lb ke atas disarankan dan perambut kejutan haruslah tahan geseran dan cukup kuat. Saya telah memilih menggunakan tali Braidmaster 40lb dan perambut 60lb fluorocarbon yang lebih tebal diameternya.

Untuk joran pula, joran berkekuatan  15-30lb yang keras supaya ia cukup ampuh menahan larian Kanai yang sering masuk ke dalam reba. Kekili yang mempunyai drag 6kg ke atas di sarankan dan seeloknya memilih kekili yang tidak terlalu besar kerana ia dapat mengurangkan keletihan kerana harus melontar gewang sepanjang hari.

Siakap Merah yang mendiami reba yang cetek.
Soft Plastic untuk memujuk Kanai namun Siakap Merah pula yang menyambar dahulu.

Trip Bermula
Trip bermula seawall6 pagi dan setiap bot akan membawa 2 orang pemancing dan berpecah menuju spot-spot pilihan boatman masing-masing.

Perjalanan ke spot Kanai mengambil masa lebih kurang 1 jam lamanya dari jeti. Untuk mengelakkan rasa bosan, boatman biasanya akan singgah di beberapa buah sungai kecil untuk menduga Mangrove Jack (MJ) terlebih dahulu sebagai pemanas badan.


Kanai yang diidamkan akhirnya berjaya dinaikkan di saat akhir.












































    Kanai banyak membuat serangan di pangkal-pangkal Nipah dan reba-reba kayu yang berada berhampiran tebing. Jadi adalah disarankan untuk melontar gewang serapat yang mungkin dengan reba.

    Teknik karauan
    Untuk menarik perhatian Kanai, kami menggunakan gewang berwarna terang bersaiz 9-12cm panjang. Gewang selaman dalam digunakan kerana lubuk-lubuk Kanai di sana semuanya dalam-dalam belaka. Gewang yang mampu menyelam dari 6 hingga 8 meter adalah yang paling sesuai digunakan.


    Warna gewang memainkan peranan utama membuka selera Kanai.
      Gewang selaman dalam ini akan dikarau sebaik sahaja ia sampai berhampiran tebing. Karauan pula adalah secara perlahan sahaja tetapi perlu dipastikan ia tetap berenang dengan cantik. Gewang yang dikarau terlalu laju biasanya kurang mendapat sambaran Kanai kerana ia banyak berdiam diri sahaja di dalam reba. Jadi karauan yang lebih perlahan memberi ia masa untuk membuat serangan.
      Kanai ini menyambar gewang yang dilontarkan ke kawasan batu di tengah sungai secara blind cast.





        Gewang Ofmer X-Deep 85 menjadi pada hari pertama.
        Hari Kedua
        Setelah beberapa post mortem dibuat kami membuat kesimpulan bahawa mungkin Kanai pada kedatangan kami kali ini banyak bermain di kawasan berbatu tengah sungai berbanding reba di sebelah tebing. Kadie yang menaikkan 3 ekor Kanai semuanya di kawasan berbatu dengan menggunakan gewang berwarna hijau terang. Segala setup diperiksa sekali lagi bagi mengelakkan berputih mata pada saat-saat akhir. Lokasi juga telah dikenal pasti dan ia akan menjadi sasaran kami pada keesokkan harinya.

        Lokasi biasa Kanai bersembunyi. Balingan Gewang haruslah sampai betul-betul ke pangkal pokok.
          Ikan yang kuat menekan ini saiznya kecil sahaja.



            Kanai yang dinaikkan Aidy menyambar gewangnya berhampiran bot.
              Sama seperti hari pertama kami keluar awal dan terus menuju ke Sungai Kelukup yang mengambil masa perjalanan lebih dari satu jam. Setibanya di lokasi, kami terus menurunkan sauh di tengah-tengah sungai yang mempunyai batu cetek tinggi di dasarnya.

              Arus ketika itu sangat perlahan atau pun seolah-olah mati, menyebabkan ikan kurang aktif pada sebelah pagi. Kami mengilat hampir 2 jam di sana namun masih tiada sambaran diperolehi. Amran kemudian membawa kami kembali bermain di reba dan pangkal Nipah untuk mencuba kalau-kalau lain pula tabiat Kanai pada hari itu.

              Yan melayan bulan ketika rehat tengahari.
                Bukan ikan sasaran utama jika ke Sri Ganda.

                  Perlu berhati-hati jika gewang tersangkut pokok.
                    Kami ke Sungai Semuyu dan mula berhanyut sambil mengilat di setiap sudut. Bila tiada sambaran, Amran segera menukar spot dan bertukar lagi sehinggalah ke waktu tengahari. Jam menunjukkan pukul 3 petang dan kami masih mempunyai baki 2 jam sahaja untuk memancing di sana. Kali ini Amran membawa kami ke Batu Mindara yang telah pun timbul kerana air sudah surut.


                    Warna gewang hampir hilang tetapi masih mampu memikat Kanai.

                      Kanai pertama Yan yang dinaikkan di kawasan berbatu di tengah sungai.

                        Dilokasi terakhir seekor Kanai telah berjaya dinaikkan dengan menggunakan gewang Rapala Taildancer TDD9.  Sambaran pertama tersebut terus ditekan kuat dan langsung tidak diberi peluang untuk ikan tersebut melarikan diri ke arah batu.

                        Ikan terakhit dinaikkan sebelum kami pulang.
                          Kanai yang besar  biasanya kuat menekan ke dasar untuk meloloskan diri dengan menggeselkan tali perambut ke batu, tetapi yang ini berjaya ditahan asakkannya.
                            Boatman mengarahkan untuk melontar gewang ke kawasan yang agak jauh sedikit dari batu iaitu di tempat yang lebih dalam. Menurutnya ikan di kawasan dalam lebih besar saiznya. Hampir 15 minit melontar di kawasan tersebut, TomX menerima sambaran yang kuat sekali. Joran Titans Custom Works 15-30lb beliau yang keras nampaknya melengkung kerana asakan tersebut. Kekili Abu Inshore dan tali Braidmaster 60lb yang digunakan beliau berkerja keras sebelum ikan tersebut berada di kawasan yang lebih selamat dan akhirnya dia berjaya menaikkan Kanai terbesar pada trip ini!

                            Abu Garcia Inshore yang digabungkan dengan joran Titans Custom Works dan menggunakan tali Braidmaster 60lb.
                              Kanai di sungai kecil lebih sukar dinaikkan kerana banyak reba.
                                Batu timbul di belakang sana merupakan spot yang paling banyak kanai dinaikkan pada trip ini.
                                  Kesimpulan
                                  Untuk menduga Kanai di Sri Ganda, persedian yang lengkap penting untuk berlawan dengan ikan yang besar dan bertenaga, Dengan bantuan boatman-boatman yang berpengalaman pula sudah pasti  impian pemancing untuk menaikkan ikan idaman akan menjadi kenyataan.













                                  Wednesday 28 October 2015

                                  Travelog Pancing - Kuala Terong


                                  Sebuah pekan kecil yang agak terpencil di Daerah Taiping ini merupakan satu lokasi memancing yang wajib dikunjungi jika anda cintakan pemandangan yang indah. Ikan? itu belakang cerita. Jika kena pada masanya dan air cantik sudah pasti ada hasil yang bakal diperolehi.
                                  Untuk ke sini saya bertolak lewat malam atau awal pagi agar sampai di jeti dalam lingkungan pukul 6 pagi iaitu ngam-ngam kedai makan untuk sarapan sudah dibuka. Jalan ke sana agak mudah sahaja iaitu keluar di tol PLUS Changkat Jering dan kemudian terus ke Kuala Terong. Perjalanan ke sana juga lancar kerana tidak perlu melalui bandar besar berdekatan seperti Taiping.
                                  Saya memilih untuk bersarapan berhampiran jeti Terong yang terletak bersebelahan dengan kilang arang. Ia berhampiuran jeti dan sarapan dijual dengan harga yang jauh lebih murah dari bersarapan di Kuala Lumpur. Belum mula memancing lagi anda sudah pasti terpegun dengan kilang arang bersebelahan kedai makan jika rajinkan kaki untuk masuk ke dalamnya. Untuk melihat bagaimana arang diproses tidak perlu meminta kebenaran sesiapa di sini tetapi memadai dengan menjaga kebersihan dan tidak menggangu pekerja di sana.



                                  Kilang arang di Kuala Terong adalah datangnya dari hasil hutan bakau yang banyak terdapat di sana.












































                                  Di Kuala Terong pemancing boleh memilih untuk membawa bot sendiri atau mengupah bot man yang berpengalaman di sana. Bagi pendapat saya adalah lebih baik membawa orang yang tahu selok belok sungai di sana kerana terdapat banyak cabang-cabang sungai yang boleh menyebabkan sesat.
                                  Terdapat juga lorong-lorong shotcut yang menjimatkan masa untuk ke sungai bersebelahan.

                                  Mengilat di sepanjang tebing di sini juga memerlukan boatman yang cepap mengemudi bot agar mudah untuk pemancing mengila serentak. Bot akan dikemudi perlahan sambil balingan dibuat di reba-reba yang berpotensi di tebing.

                                  Mengilat di Kuala Terong memerlukan skill untuk melontar gewang rapat ke reba-reba.





















                                  Pemancing tempatan sedang memancing dasar.




















                                  Abu Hornet dipadankan dengan Abu revo Crank 6