Wednesday 12 December 2012

Pine Tree Hill Freaser Hill





DAte : 11 Dec 2012
Location : Pine Tree Hill, Bukit Freaser, Raub Pahang

Pine Tree Hill berketinggian 4800 kaki menjadi pilihan kami pada minggu ini. Kami bertolak dari KL pukul 12 tengah malam ikut jalan Bukit Beruntung-Kuala Kubu Baru. Dari KKB tu jalan mula melingkor-lingkor dan gelap gulita. kot sorang-sorang memang 'tak' la nak lalu jalan ni. Kang ada pulak maya karin nak tumpang..
2 jam lebih perjalanan sahaja.. tak jauh pun.. lepas sampai tu lepak kat depan klinik kesihatan Freaser Hill sampai pagi kedai makan bukak..
Kat mana nak makan?? Sebelah KLinik tu ada food court, dalam pukul 7 baru bukak. kalau awal kena lah tunggu.


Jual nasik lemak pun ada blog.. mesti ada sesuatu yang menarik ni



Sebelum makan aku dah tau dah nasik lemak ni sodap. Nasik lemak paling sedap pernah makan sepanjang tahun 2012 nih.. harga rm 2

Nasik lemak kak Miza sedap lah..
OK. makan dah selosai.. tiba masanya nak mendaki pulak. Starting point PTH ni senang aje. cari bunglow TM jalan depan lagi sikit maka nampaklah pintu gerbang PTH trail.

Starting point

Kasut baru beli malam tadi.. berkilat!
Kasut kesayangan :p
Trek bermula dengan menuruni tangga, seronok je rasa.. balik kang mendapat la ko.. jalannya pun luas, terang dan jelas. Boleh jalan-jalan sambil amik-amik gambo. dengar2 lagu.. bersiul.. ye lah.. belum penat kan.. oh ye.. trek sejauh 5km++ untuk sampai ke PTH dan tambah lagi sekilo untuk ke twin peak.. sapa yang gi PTH tak gi twin peak memang nak kena booo lah... Total perjalanan 12 km lebih..


Tangga yang seronok dituruni tetapi tidak semasa menaikinya...
Tengok tu.. rilek je.. tangan masuk poket lagi.. 
Baru 900m, ada penunjuk jarak yang dapat membakar semangat.. ceh cehh
Trek PTH ni adalah sempadan selangor dan pahang. so kejap ko kat pahang sekejap ko kat selangor.. 
Spider
Buluh
Masih jauh woii

Naik tangga yang aku lemah ni...
Tempat ni paling bahaya, so kena hati-hati. kalau jatuh memang patah rusuk kiri. atas sikit dah sampai dah puncak PTH


Nampak Freaser Hill dari jauh dan mula rasa menyesal..

Awan pembawa hujan dah nak sampai...
4829 kaki
Kejap lagi hujan siap ko..
jangan nak poyo sangat!!
 Sekejap je kami duduk kat PTH ni. Lepas tu teruskan perjalanan ke Twin Peak pulak. Perjalanan tak jauh sangat, menurun dan menurun.. Lepas tu panjat balik. Jalan agak sedikit mengelirukan dan horror tapi masih ok dan tak sesat kalau berhati-hati. Kena pulak hari gelap nak hujan.. rasa cam nak patah balik je.. sib baik darah pendekar kundur.. On the way tu hujan lebat turun maka tak dapatlah kami bergambar di Twin Peak. View kat situ sepatutnya cantik tapi tak nampak apa-apa sebab hujan. Pukul 2 turun balik ke PTH dan terus menapak ke starting point
Tadi seronok turun tangga, time balik ni kono lah panjat balik.. meninggelll...

Kesimpulan PTH ni sangat seronok didaki kerana sangat teduh dan lembab. Sesuai untuk mereka yang baru 1st time nak tengok pacat. Banyak gambar boleh ambik kalau kaki photographer.. Kalau bawak gadis-gadis pun mesti mereka suka dan akan menjerit-jerit mintak tolong kalau kena gigit pacat.. i like! Tak sun burn dan menghitamkan kulit. 
Lepas turun apa lagi.. cari sesuap nasik lah.. lapo ni..."badan penat hati puas".

Comot



































Sunday 9 December 2012

GT-Zero Blank Field Test




Date : 9 dec 2012
Lokasi : Pulau Sembilan

Minggu ni aku dijemput untuk test blank baru MGFA - rod ford GT-Zero . Test kat Pulau Sembilan..(lagi)
Blank ni akan dijual dipasaran, tak tahu berapa harganya lagi.
Sampai je Manjung mesti cari tempat makan dulu. Kalau tak cam ne nak maintain six pack macam epi woii.,, orang gym cakap ni tengah buat size... nanti baru rip.. hahahaha.. apip mesti paham camne nak rip

Sebelum test rod, test perut dulu..
Yummy..


Lepas makan gi jalan-jalan pulak kat Lumut, tengok lampu. tengok kapal, nak tgk awek memang agak kurang lah.. biasa lah.. awek KL je suka merayap malam. Awek Lumut baik-baik.. dok umah je.. haisshh

Lumut dikala malam bulan mengambang

Dolphin asik telan duit je sekarang ni hoii

Malam yang tenang dan tak ada buaya
Kapal perang TLDM, macam ayam je klu berperang ni.. tak canggih pun

Water front, esplanade kiri , promanade kanan .. jaga kebersihan pun kanan 




Jeti kampung Permatang

Terpaksa keluar lambat sket, air pasang lambat pagi tu

Paksa gak bot kuar, luv u boatman
Bot atas darat.. camno ni?
Tester boncit
Ensem as usual
Cast
Strike
hoyahhh

Lan, boat man baik punya, banyak sport jigging dia ada. no phone 019-05679525

Babi!

mohawk
 Walaupun air jernih dan arus sangat perlahan. adalah dapat beberapa ekor GT, Talang dan cencaru. Jarang P.Sembilan ni menghampakan. Time camni paling sesuai guna jig yang lebih kecik, kaler yang lebih semulajadi dan ikakko kena ada 10 ketul.. di ulang.. ikakko...









Friday 7 December 2012

How To Order Ryoga Parts For Dummies

Mesti ramai yang ada masalah kerosakkan reel dan sukar nak dapatkan part. Kalau cari kat kedai pun, harganya mungkin sangat mengarut dan very shitt.. Bayangkan skru bodoh z2020 seketul rm 10, padahal kalau cari kat bolt and nut baru 20 sen. Sangat la terasa bodoh bila membelinya.
So kalau masih nak barang yang ori, made in japan.. lebih baik order sendiri. Masih boleh terima akal harganya. Cara-caranya begini
Mula-mula bukak website http://www.plat.co.jp/ dan cari barang yang dikehendakki kat sini. Kalau memang dah ada lagi mudah, terus beli jer.. kalau tak ada, contohnya part Daiwa Ryoga, cuba google dahulu schematic diagram, kalau boleh dalam pdf lagi senang nak tengok kot.. pastu email ke  mail@plat.co.jp , cakap dalam email tu part mana yang anda nak.. ada no kan kat diagram, listkan contoh nak bearing no 54, no 48 dan mana-mana je lah part yang kamu mau.

1. Pastikan anda ada schematic diagram lepas tu email ke mail@plat.co.jp , Bagi tau part yang mana ko nak.. ada no part lagi senang..
2. NAnti dia akan reply harga dan cara pembayaran termasuk kos shipping. Kalau nak senang bayar pakai paypall. cara nak buat paypal try google lagi.
3. Lepas bayar , tunggulah dia shipped,, shipped toll

Ternyata lebih murah, aku pernah tanya kedai tuuttt.. boleh order tak? dia cakap.. woooo part daiwa mahal woooo..
hoiiii... aku tanya lain ko jawab lain apsal??
Schematic Diagram for Daiwa 1016HL

Dilarang!!

Cerita singapore lagi.. kat sana banyak benda yang dilarang buat. Orang sana mungkin lah ikut peraturannya.. tak pe lah negara diaorang.. Yang orang Malaysia pulak, kat negara sendiri tak pernah pun nak buat.. sampai sana nak buat alim-alim kucing plak.. ikut peraturan.. takut nak buang sampah dan lain2 lagi.. ke takut kena bayar saman?  cuba kalau tak buang sampah kat negara sendiri, tak isap rokok kat public, tak buang kucing, tak bagi beruk makan, tak berperangai macam beruk..

1. Dilarang pancing ikan guna cacing.
2. Dilarang menjaring kupu-kupu dan ladybird.
3. Dilarang mendirikan khemah bersama gf.
4. Dilarang makan pisang, kesian ko beruk.
5. Dilarang menumbuk perut burung, kejam syalll..
6. Dilarang menampar anak dara orang.
7. Dilarang makan kit kat
8. Dilarang menggunakan mancis semasa paipon.
9. Dilarang menunggang basikal sambil lepas tangan.
10. Dilarang menyembelih anjing
11. Dilarang memetik pokok marijuana
12. Dilarang mendengar radio ERa.. 

Tuesday 4 December 2012

Musang king

Yang ni tembam sikit buah dia.. yummy la pulak.. malam ni jom reramai serang aunty kancil

KOrek-korek sebijik tu adalah banyak ni..

Musang king sekarang ni dah tak mahal macam mula-mula naik dulu. Semalam aku dapat musang king rm 10 sekilo. Rasanya murah dah kot. Lokasinya di depan Restoran Hassan ss15 dengan aunty bawak kete kancil.. Disebabkan sedap aku up lagi sebijik..

Sunday 2 December 2012

Bukit Tabur West

Kali ni naik Bukit Tabur West je.. sebab bangun pun dah lambat.. penat Singapore pun tak hilang lagi.. \\\
Panjat dalam pukul 2 petang yang sangat panas terik, asik berhenti minum air je.. tak de orang pulak tu. rasanya semua dah balik.
Dalam sejam lebih baru sampai puncak lepas tu hujan mula datang dari arah genting highland. Lepas lepak kejap kat bawah batu terus balik walaupun masa tu tengah hujan lebat.
Kesimpulannya panjat East lagi best dan mencabar, tapi aku pancit gak memula naik tadi sebab lama dah tak training. Lepas turun rasa nak naik East kejap tapi masa tak mengizinkan dan hujan makin lebat.. hoyaaa..

View biasa kalau naik tabur, adeh rasa nak gi kelang gate pulak

Belakang tu bukit tabur east

Pancit.. panas ,, penat ,,

kat sini redup lah sikit..
East sudah.. west pun sudah... gi haji je belum..

Tinggi tu.. kalau terjun boleh tergeliat kaki

Tu dia, hujan sudah mari. Nasib baik bawak baju hujan

Time turun hujan semakin lebat..

Ponek ko jang?

Kat bawah batu ni boleh berteduh tapi aku malas lah lelama kat situ.. seramm... wuuuuuu

Pokok tangan-tangan syaiton


Dah puncak ke ni?? kira halal lah

Alangkah seronoknya kalau dapat jalan-jalan kat KLCC .. kan dah menyesal

Tamat dah penyesalan untuk hari ini..