Thursday 9 January 2014

The Secret Life Of Walter Mitty - Review



Setiap hari rabu biasanya akan menjadi hari movie aku. Jangan ngegada nak ajak pergi William. Sejak dua menjak ni aku suka tengok kat Paradigm Mall sebab lebih mudah nak pergi dari ofis dan boleh parking kat atas betul-betul depan movie. Jadi tak perlulah nak berpusing-pusing jalan kaki cari kereta sebab kadang-kadang lupa letak kat mana.
Sekarang nak beli tiket lebih mudah. Install apps GSC dalam phone lepas tu beli online. Nak beli pop corn sekali pun boleh.. mesti korang tak tau kan pasal pop corn tu? Lepas tu nak masuk pun tak payah nak ambik tiket dah. Masa beli dengan App tu dia akan bagi barcode sekali. So masa nak masuk, scan je.. terus dah boleh masuk. Kot bergaduh dalam wayang pasal tempat duduk pun boleh tunjuk no tiket dalam phone tak perlu tengok tiket dalam gelap. Kagum kan? tak macam dulu-dulu masa tengok wayang kat REX KL. Tiket pakai kertas Cina semayang. pas tu tulis pakai pensil kaler. Kalau sebelum-sebelum zaman tu lagi lah, pakai kipas je Toq. Tikus lalu kat kaki tu perkara biasa. 
Ok baru start review. 
The secret life of Walter Mitty lakonan Ben Stiller ini mengisahkan seorang yang bekerja dengan syarikat penerbitan (mcm aku lah) yang menerbitkan LIFE Magazine. Beliau adalah seorang manager kecik di bahagian penyimpanan kodak. Dalam filem ini Walter MItty adalah seorang yang kuat berangan. Berangan nak jadi hero aje. So akan ada aksi-aksi stunt juga dalam filem ini. Beliau juga meminati rakan sekerjanya (satu ofis tapi tak pernah bertegur sapa) Cheryl Melhoff  lakonan Kristen Wiig .Beliau cuba mengurat Cheryl melalui laman sosial tetapi Cheryl pulak jarang online. Dia tak macam gadis-gadis kat Malaysia. 24jam mengadap Facebook. 

Satu hari di ofis, keseluruhan warga Life Magazine telah mendapat satu berita buruk iaitu penutupan LIFE Magazine dan akan menjadi LIFE online sahaja. Masa tu akan ramailah nanti pekerja akan dibuang kerja. Yang tinggal hanyalah pekerja-pekerja terbaik dan penting sahaja. Untuk isu terakhir (last Issue) Life magazine bersetuju untuk menerima gambar dari Sean O'Connell  ( lakonan Sean Penn) sebagai cover page. Gambar tersebut sorang pun belum tengok. tapi dah jadi dipilih cover page. Cam ni baru power, tak payah baca tip-tip macam mana nak jadi cover page. 



Kodak tersebut telah dipos oleh Sean O'Connell kepada Walter Mitty, tetapi kodak yang dihantar tersebut tiada dalam gulungan kodak yang dipos tersebut ( ko paham tak ni? ). Dalam kotak cuma ada segulung filem tak cukup no 25... kodak kan ada 36.. no 25 tu tak ada la woiii..  dan ada wallet kulit sebagai hadiah . Kodak no 25 hilang dari filem tersebut. Apo lai.. mengelabahlah si Walter dan cuba menyembunyikan hal ini kepada bosnya yang berjambang ala-ala Wak Doyok dan cuba mencari filem tersebut sebelum Last Issue dihantar print. Dengan menggunakan clue yang ada dalam kodak tersebut Walter cuba menjejak Sean O'Connel yang sedang mengembara. Sean ni seorang fotografer yang mengembara ke seluruh dunia dan kolot. Kolot tu bermaksud tidak mengunakan handphone apatah lagi Note 3 Lte. 
Walter mencari Sean hingga ke green land. Semasa di Greenland beliau hampir menemui Sean tetapi gagal juga. Masa tu Sean tengah ambil gambar gunung berapi meletup sambil duduk atas katal terbang. Gile terel. Maka baliklah Walter dengan kecewanya. Semasa pulang ke ofisnya selepas mengembara, orang dah sibuk kemas meja. Ramai dah kena buang termasuklah Cheryl. Masa ni adalah plot-plot romantik beliau berjumpa Cheryl dan anaknya sambil beliau menunjukkan skilnya kick flip dan beberapa flip yang buat anak Cheryl kagum. (woi ni betul lahh).. 
Wak Doyok pulak dah angin sebab cover page tu tak dapat-dapat lagi. Orang dah nak antar print dah ni. Walter terpaksa berterus terang dengan Wak Doyok bahawa kodak no 25 dah hilang. Wak doyok sungguh marah lalu dia cakap cam ni " find another cover page!  and you are fired! " marah tul tu... Lalu pulang lah Walter ke rumahnya dengan perasaan yang kecewa sekali. 
Beliau tetap tidak berpuas hati dan masih mahu mencari Sean supaya meberitahu dimanakah kodak itu walaupun dah kena fired. Piano dirumahnya juga adalah sebahagian klue yang terdapat dalam kodak tersebut. Rupanya Sean ada datang kerumahnya dan berjumpa dengan mak Walter. Apsal omak tak bagi tau?? Maknya sebenarnya ada bagi tau tapi masa tu Walter dalam alam khayalannya yang sangat kronik. Mak Walter bagi tau Sean ada bagitau yang dia nak pergi ke Afganistan mencari osama.. huhu.. tak la.. ambil gambar.. lalu Walter telah ke sana untuk mencari Sean. Siap panjat gunung dekat-dekat dah dengan Everest, jalan-jalan dan jalan..daki- daki terjumpalah beliau dengan Sean tengah nak ambil gambar harimau beranak.. eh bukan.. harimau apa tah.. . lepas tu Sean bagitau lah kat mana kodak no 25 tu.. tak kan aku nak bagi tau gak kat mana.. aku wat review bukan terjemahkan movie ni ke dalam novel.. hahah . Silalah ke panggung wayang berdekatan anda untuk tahu cerita seterusnya. 
Di pendekkan cerita Cover Page tu akhirnya keluar juga untuk LAst Issue. 
Cerita ini berbentuk komedi sedikit romentik dan ada unsur adventure. Komedi yang agak ringan, tidak terlalu mengarut. Cuma masa dalam alam khayalan tu memang mengarut siap ada macam cerita HULK lagi. haduii.. Pengambaran filem ini juga dibuat ditempat-tempat yang best kat Greenland dan Iceland dan juga Afganistan, Nepal, Everest..View memang superbb.  Wah terus rasa nak packing pergi melancong..

Ok dah tu je..   

Wednesday 8 January 2014

Cover Page part 2 - Teknik/etika mengambil gambar (special dedicated to Anep & Ayie gdex..lee tomato sekali)

Best macam mana ikan ko..besar mana..rare mana pun tapi kalau gambar cam sampah memang tiada gunanya. Makin jauhlah cita-cita nak duduk sebelah Nora Danish.  Sebab tu aku nak tekankan dalam episod 2 sinetron ni bahawa gambar yang cantik itu penting. . Sangat penting. Tak yah la berangan gambar cantik sampai macam National Geografi tu sangat. Tak perlu. Cukup sekadar cukup sifat-sifat yang boleh diterima pembaca Malaysia pun dah ngam. Bila orang pegi 7E beli stokin pun tergerak hatinya nak beli majalah bila ternampak cover page muka kau.

Jadi aku bagi sedikit tips/teknik/Etika ketika memancing dan berhajat nak jadi cover page. Jangan percaya sangat 100%. Tapi sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan dan kau akan berfikir luar dari kotak.

1. NIAT - Dari rumah lagi ko kena berniat nak jadi cover page trip itu. Biar la orang nak kata ko poyo atau giler glamour pun lantak lah. Dia pernah masuk pc sebelah rm50 ke nak bising-bising? Dengan niat yang ada kau akan jadi lebih bersemangat dan tidak alpa dan berhati-hati semasa mengambil gambar. Ayat apa tah ni.. Tapi niat kan penting.. dah dapat pahala dah kat situ.

2. FOKUS - ni penting. Dari episod satu aku dah tekankan. Fokus mata ikan..bukan mata aku. Titik fokus boleh berubah terutama masa mengambil gambar dalam bot yang bergoyang. Yang ko gi fokus puting aku pahal lak ni? Tengok di Lcd memang kadang-kadang tak berapa nampak. Nampak sempurna tapi bila tengok kat pc.. tak apa-apa lah difokusnya.. itu pun kot fokus dengan sharp..yang blur memang tekan delete me ubatnya!.
Belajar cara zoom gambar kat lcd tu untuk tengok dengan lebih detail dengan cara paling pantas. Sharp ke tak sharp... ingat.. dengan cepat.. ikan tu penat tahan nafas. Paling teruk fokus objek yang jauh kat belakang... tolong tolong... aku tak boleh terima oiiiii..

Contoh gambar ala-ala pengantin yang baik.. nampak orang belakang sikit.. ikan kasi blur sikit... 


3. KERAT IKAN - elakkan dari ambil gambar ikan terkerat di mana-mana bahagian. Tau la ko nak kerat ikan tu lepas tu. Namun ada kalanya teknik yang kreatif ambil ikan sekerat-sekerat masih boleh diterima akal. Berfikir luar kotak la kononnya. Ye.. mmg boleh.. close up lure atau sisik ikan pun boleh.. tapi ko dah lupa ke.. ko yang nak glamer kan.. ikan kat pasar dah cukup glamer dah.. semua orang kenal ikan kembong yang mana satu. So kau dan ikan kena seimbang. Biar dua-dua glamer walaupun ko busuk sebenarnya.

4. KELAS FOTOGRAFI- Rules of third, golden ratio 1:1.618, golden triangle, golden spiral.. haa.. tak paham kan.. ?? kalau ada kelas fotografi rajin-rajin lah join. Free lagi bagus. Company kaya kan? Gi kelas make sure ikhlas. Jangan sekadar nak penuhkan attendent nanti bonus dapat lebih tapi kat belakang ko sibuk mintak dragon level 5 dengan Affa. Tumpukan perhatian.. mana tau leh ambik gambar aku kawin nanti.

Gambar ni nampak ok masa tengok kat lcd kamera.. 


5. Orang tengah tarik ikan kau masih sibuk nak mancing. Pegi ambik kamera la woi.. yang ni aku sendiri susah nak kawal. Rasukan ikan yang mengena pancing orang lain boleh buat aku hilang akal. Memang betul.. ikan dah naik nanti lah baru ambik gambar cantik-cantik. Tapi kalau masa orang tarik ikan kita masih sibuk nak baling pancing, risiko kawan kita tu tak dapat naikkan ikan agak tinggi. Terbelit tali pancing lain selalu mengagalkan misi. Hati mau bersih. Mungkin hari ni dia punya turn tarik ikan..  cuba hari ko pulak orang buat camtu. Tak ke angin satu badan.. Nora Danish dah terbayang kat sebelah dah time tu.

6. Masa ambil gambar tak perlu nak terlalu depankan ikan nak bagi ikan sekilo nampak berkilo-berkilo. Betul.. impak pada gambar lebih berkesan dan nampak lebih garang. Tak salah ke depankan ikan..cuma tak perlu berlebih-lebihan sampai muka ko yang ensem tu nampak bijik mata je. Dekat cover tu bukan nak penuh kan dengan ikan sahaja.. Logo majalah perlu ruang jugak.. title main story nak ruang jugak. Kalau boleh bayangkan macam mana gambar tu bila jadi muka depan nanti macam mana..  Mendepankan ikan memang sudah lama dipraktikkan. Tapi cuba ejas bagi ia tidak nampak keterlaluan.

Gambar ini bertajuk " aku sedang bermimpi tengok Skyfall bersama kawan-kawan " dalam mimpi memang nampak tak beberapa jelas tetapi rasa macam real je..


7. Ambil gambar dengan pantas. Jgn ambik sekeping je pulak... Pantas bermakna banyak kali snap dalam masa yang singkat. Alasan pertama ialah nak memastikan itu tidak mati lemas kerana terlalu lama di darat. Ini tak bape penting sangat sebab tak ramai dah sekarang ni nak CNR. Cnr dalam perut lagi bagus katanya.
Yang penting ialah alasan kedua. Lagi cepat ambik gambar..lagi cepat orang yang dapat ikan tu berehat.. penat beb tarik ikan besar.. pas tu nak dukung pulak ikan sebab ko sibuk nak snap banyak-banyak kali..tukar- tukar posing lah.. apa ingat ambik gambar pengantin ke apa. Bayang kan kalau seekor ikan ko nak snap sampai 100 keping. Apa jadah. Orang pegang ikan kompom rasa nak.lempang ko laju-laju. Snap je beberapa keping gambar yang berkualiti sudah cukup..yang penting ilmu fotografi tu. Ambik gambar terlalu banyak ni menunjukkan pada orang lain ko tak yakin dengan kualiti gambar yang diambil. Atau senang cite tak pandai ambik gambar.

8. LAst. bila apa yang ko pakai memang dah ngam.. baju cantik.. seluar Uniqlo.. croc ikut kaler jam.. ikan besar, gambar pulak cantik sangat, dalam kepala pun dah plan nak tulis apa, cerita meletop nanti ni... Boleh kata mengikut semua tips yang budak Londah tu tulis.. Kau akan melalui stage terakhir. Pemilihan oleh juri! Ketua juri biasanya akan dipengaruhi juri awam. Juri awam pula akan cuba mencari kesilapan ko walaupun sekecil kuman. Masa tu perkara lain memain kan peranan. Kena tengok jugak muka ko bape kali dah keluar muka depan. Kalau bulan lepas muka kau.. bulan ni pun nak muka kau. Elok buat majalah sendiri je. Jenis ikan pun main peranan, kalau bulan lepas sebarau.. tak kan bulan ni nak sebarau gak . mana tau tiap-tiap bulan ko naikkan sebarau 5 kilo.

LAst yang terakhir.. masa ni lah kelapa sawit memainkan peranan,, hahaha aku acah je.. ini serius.

Tips macam mana nak jadi Cover Page ( Dedicated to Affa & Amzari)




Bestkan jadi cover page (CP)? Nanti muka terpampang kat kedai majalah bersebelahan Nora Danish tak pun Aaron Aziz. Tapi kenapa aku tak jadi-jadi cover page? ikan kecik kah? atau aku tak hensem? Ok lah aku bagi tips sikit macam mana nak jadi cover page. Abaikan politik. Duit ikat getah cuma back up je.

1. Tips paling penting ialah. PERGI PANCING! Duduk depan TV atau main COC sahaja sampai majalah tutup pun tak kesampaian hajat kamu tu yoep. Rancang trip yang ada potensi menarik ikan yang rare atau super-rare. Ingat tu ..  tempat yang ada POTENSI. Tak semestinya Sebarau 5kg atau Tapah besar lori, ikan kecil juga ada potensi. Sebelum trip lagi dah pikir.. ada peluang ke tak? Tapi ada kalanya trip yang tak biasa-biasa aje pun masih berpeluang menjadi hiasan muka depan. Nasib-nasiblah.

2. Pasti kan cukup bersedia untuk trip tersebut. Pasal barang pancing korang mesti dah pandai. Kamera jangan lupa. Memory card mencukupi. Bawak flash extra kalau betul-betul serius pasal fotografi. 

3. Jangan lupa mandi sebelum pergi mancing. Aku lain.. tak mandi pun muka macam mandi. orang beriman kan.. Pakai pakaian yang molek-molek sikit. Ramai orang nak tengok kau nanti. Pilihan warna pakaian juga penting. Dalam kes-kes tertentu sahaja pakaian ni diabaikan. Contohnya ikan best gila! tapi baju plain sahaja warna putih.. alasannya baju abis kotor dah bang! Kalu pergi laut warna yang fancy-fancy juga nampak menarik. Jangan lupa seluar. Seluar uniqlo lagi murah dari seluar diadora. Banyak pulak kaler-kaler k-pop pujaan gadis. Kalau boleh pakai kasut atau sandal yang senonoh sikit. Jangan la selipar jepun, nanti jepun cakap selekehnya mamat Malaysia ni pakai selipar jamban!
CAp.. 
Cap jangan lupa. cap bukan sahaja dapat menghalang dari kepala anda terbakar malah ia dapat cover rambut-rambut yang kurang. Kalau nak lagi spesifik cari cap yang agak trendy. Takpe nanti aku review cap new era lepas ni. Andai kata memang tak suka pakai cap dan kepala kebal dari sinaran UV. Pastikan rambut bersikat kemas. Ko pernah tengok Hantu kak limah jadi cover page? tak pernah kan?

4. Kalau nasib sangat baik semasa trip memancing tersebut dan berjaya menaikkan ikan yang bakal dijadikan cover page lain cuba rilek sikit. Biasanya bila naik ikan monster-monster tangan mula gigil. Tangan yang memancing gigil tak pe lagi. Yang tak dapat ikan pun menjangkit sekali. Yang tukang ambil gambar pun ambil sambil lewa.. klik klik klik.. ok dahh... aku nak pancing. 
Bila keadaan macam ni pemancing kena rilek. Bila pemancing rilek.. yang tukang ambil gambar pun turut sama rilek. Ikan banyak lagi beb.. lewat 5 minit pancing tak merubah apa apa pun. 
Tengok mana duduknya matahari. Pergi berjemur sikit pun tak pe.. Jangan nak duduk bawah bumbung bot pulak (kalau ada). Muka biar mengadap matahari. Boleh nampak putih habaq angg.
Kalau pernah gi kelas fotografi, aperture kasi kecik agar background nampak lebih jelas. Untuk gambar bukan CP mungkin boleh bagi aperture  besar untuk effek gambar pengantin sikit.. tu tak pe.  
Tak perlu gambar nak jelir-jelir lidah macam nampak Luna Maya lalu depan rumah... tak perlu nak Japan sangat sampai mengangga nampak anak tekak... rilek-rilek.. senyum manis ala-ala bangla pun ok da..
Yang tukang ambik gambar ni penting.. sebab tu dia yang dpat duit... kreatif sikit..cari angle yang lain dari yang lain... sampai bila CP nak sama je gaya nya..  fikir di luar kotak ... macam bagus la ko tom. hahaha

5. OK bila gambar dah ambik cek dulu sebelum lepaskan ikan tu semula (ke air atau pun tong). Pastikan gambar sharp. no vibrate-vibrate effect. Kalau yang ambil gambar tu bijak, dia akan fokus ke mata ikan, bukan pulau kat belakang sanunn. Bayangkan gambar tu nanti keluar majalah macam mana, pastikan ada ruang untuk letak logo majalah kat atas sana. Kalau tak puas hati dengan gambar, paksa kawan ambik lagi gambar tu.. kot dia malas cakap nanti balik aku belanja makan. Dah puas hati baru lepaskan ikan. simpan kamera.. ok cari ikan lain.

ok bye!
   
Contoh contoh cover page..




Thursday 2 January 2014

MRSMJ 88

13 Disember 2013
Selepas berjaya mengumpulkan beberapa kawan lama di laman whatapps (boleh ke panggil laman? ), beberapa rakan dari luar KL setuju untuk datang untuk berjumpa. Untuk lebih santai dan nampak lebih rock, kami memilih untuk layan Live Band yang juga dimainkan oleh salah seorang dari kami, Rafazie Rahman (RR). Nanti aku ceritakan sikit pasal dia ni.
Mandolin Glomac adalah lokasi perjumpaan pada jumaat malam tersebut. Aku yang kerja dekat dengan Glomac ni pun tak perasankan tempat ini. Maklumlah dah lama tak layan Live Band sebegini. Tempat yang senang nak cari (gua kan budak Subang Jaya) tetapi ada juga yang sosek barat sampai ke Glomac lain walaupun menggunakan Waze.
Ngam-ngam live band start semua dari kami berjaya datang, adalah sorang dua lagi masih sesat tetapi jumpa juga akhirnya. Bermula dengan beberapa lagu klise live band, memang layan dan gaya mainan gitar RR pun dah banyak berubah dan mantap. Mengepalai Project N9 lagu yang dimainkan semua kami layan. Nak borak sangat dengan rakan-rakan lama pun tak berapa boleh sebab bunyi muzik sudah tentu lebih kuat dari suara aku yang soft spoken ni. Dapat lah bertanya kabar sedikit-sedikit.
Ada antaranya sudah tak jumpa lebih dari 20 tahun. Lama Toq.. Aku pun dah lama tak contact mereka semua ni. maklum lah aku sibuk mengejar kekayaan dunia walaupun tak juga kaya.
Berbalik kepada live band tadi set kedua juga mendendangkan lagu-lagu yang kebanyakkannya kami tahu untuk menyanyi bersama-sama (sing a long ). Set ke 3 paling best, masa ni RR dan kami semua dah buat Mandolin macam rumah sendiri apabila Project N9 mula menyanyikan lagu-lagu yang sudah lama terpahat di hati masing-masing. Lagu yang masa tu mula baru nak belajar main gitar dan kami masih hafal liriknya. Apo lai.. menyanyilah kami sampai sakit tekak. Tak ingat dah orang lain kat belakang, tah layan tah tidak .. tak pasti lah.. Aku memang duduk depan fokus apa yang didendangkan.
Selepas mini konsert kami terus ke Bangsar pekena nasi lemak dan masa ini barulah dapat berborak dengan lebih aman dan fokus

Jun 1988
Aku masa ni masih lagi naif, masih lagi anak mak dan makan KFC pun tak pernah. Malam nak ke MRSMJ aku cuba tidur di katil bujang kononnya nak ambik feel dan test ke bawah ke tak pagi esok. Paginya kalau tak silap ibubapa menghantar aku ke Jelebu naik kereta buruk abang aku. Masa ini aku tak fikir apa pun pasal sekolah ni. MRSM? sekolah apa ni? yang aku tau dia sekolah asrama. Aku pulak masa tu tak pernah ambil tahu apakah itu sekolah asrama. Ikut je kehendak orang tua yang ingin aku berjaya masa itu. Selepas daftar dan diorang semua dah balik bermulalah kehidupan aku sebagai seorang budak asrama yang tak tau apa-apa.
Pelik jugak pada awalnya, sebab tak nampak pun pelajar perempuan yang daftar masuk. Aku yang memang meminati kaum hawa ni dari dulu tertunggu-tunggu jugak kot-kot ada gadis hot yang duduk kat sebelah meja nanti.
Tiada gadis rupanya untuk batch tahun 88, hanya 34 jejaka yang bakal menggegarkan dunia sahaja menjadi teman sepanjang kami di sini nanti.
Pada hari-hari awal aku  seorang yang pendiam dan tak pandai hendak berkawan lebih banyak mendiamkan diri sahaja. Ada yang dari sekolah sama nampaknya lebih selesa kerana ada rakan untuk berbual. Aku yang bahasa N9 masih "pokek" masih terkial-kial mencari kawan untuk bersembang. Mungkin bukan aku sorang, yang lain pun macam tu jugak. Mujurlah ada orentasi yang sangat berguna untuk orang-orang macam aku ni. Seminggu masa berjalan rasa seperti setahun aku lalui dengan tabah walaupun sebenarnya tak rela. Kepala masih ingatkan kawan-kawan kampung dan mak. Kesin juga aku time tu nak kena belajar basuh baju sendiri, bangun pagi semayang subuh, pergi kelas, makan dalam tray.. semua tu aku tak pernah buat..
Hari ke hari bulan ke bulan aku berjaya gak membiasakan diri dengan kehidupan asrama. Dengan senior yang baru tua setahun tetapi rasa macam dah tua sangat membuat aku meluat je masa tu.. Nasib baik akak-akan senior ramai yang cun.
Tahun 88-90 ni memang rock tengah naik dengan kemunculan beberapa band yang adanya masih kekal sampai kehari ni. Dengan aku-aku pun dengan tidak semena-mena menjadi rock. Masa ni tak ada seluar mambang ataupun topi new era. Yang ada cuma seluar ketat seketat ketatnya. Semua seluar nak modified kasi kecik. Ketika ini kedai alter seluar memang buat duit. Yang peha besar batang kelapa sawit tua pun nak jugak kasi ketat.. yang penting ROCK! Memang cerita yang dimoviekan oleh Mamat Khalid banyak benarnya. Memang macam tulah kehidupan seorang rokers ketika itu.
Dipendekkan cerita apa yang berlaku 20++ tahun yang lalu masih lagi dalam ingatan. Aku tak ingat sangat secara detail. mungkin terlalu byk beeg. Tapi masih ingat lah dikit dikittt...
Dari apa yang dapat dilihat selepas berjumpa di Mandolin tempoh hari, sebenarnya korang tak banyak sangat bezanya. Bila duduk lelama nampak tak ada beza pun. Rafazie tetap Rafazie, tonik tetap tonik... adlee tetap apek .. begitu juga dengan yang lain-lain. Mungkin fizikal ada perubahan.. ada yang kembang ke tepi.. ke depan.. ke belakang aku tak pasti.. Ada juga yang maintain.. aku tanak cakap sapa.. nanti orang cakap angkat bakul pulak.
Semua nampak gembira dan telah menjalankan kehidupan pilihan sendiri. Semua berjaya dengan cara tersendiri. Aku tak sempat nak interview korang semua kerja apa.. buat apa.. dalam akaun ada berapa banyak kosong kosong kosong... semua tu tak penting.. korang masih sihat pun dah ok. Yang penting semua masih berkawan walaupun sepanjang tak berjumpa mungkin korang dah ada beribu kawan lain. Mungkin ada kawan rapat lain yang mempunyai minat atau kerjaya yang sama.. main golf barangkali? atau racing secara halal di litar sepang? semua tu tidak menjejaskan brotherhood 88 yang dilaung-laungkan oleh Rafazie.
Secara ringkasnya aku ceritakan sikit-sikit apa yang aku ingat pasal bro bro gambar diatas. maaf kalau ada terlupa. kutuk pun aku selamba.. cuma nak bagitau apa yang aku ingat.. sementara masih ingat... 



dari kiri
Faiz Karim
Fizikal dia paling banyak beza. Dulu kalau aku lempang mau masuk longkang.. sekarang dah sama tinggi dengan syiling eskelator E-curve ke basement. Masa awal 2000 aku selalu jugak jumpa Faiz. Dia pun duduk Seremban dan selalu bagi rokok Malboro free walaupun 2 kotak je. Lepas aku ke KLCC mula jarang contact.. Phone dia pun lambat canggih jadi  menyukarkan aku nak contact dia.

Rozan
Antara yang selalu jumpa aku jugak lepas sekolah. Pernah kerja main-main sama sama.  pernah gak lepak kat UITM Arau sampaikan kawan-kawan aku pun kenal Rozan. Lepas dapat kerja tetap kat Sarawak dah makin kurang contact. Mungkin phone dia kurang canggih juga barangkali.

Adlee
Yang aku ingat pasal Adlee ni Shiela Majid. Peminat tegar S.M walaupun masa tu orang sibuk dengan ROCK. Dia juga ada keyboard.. kagum siot aku masa tu.. Juga ada SLR yang sangat rare ketika itu. LAst jumpa masa dia kawin awal 2000.. tak pasti tahun berapa..

Azrul Ryne Ayub
Budak somban ni poyo lah.. dia cakap KAY ELL .. hahaha. yang aku ingat Ryne ni main bola untuk n9 sebelum masuk MRSMJ. bawah 12 tahun barangkali. Aku memang dari kecik tak minat bola sampai sekarang.. nak kata kaki bangku pun aku tak kisah.. Sampai sekarang aku pelik kenapa orang suka rebut bola ramai-ramai. Mungkin aku lebih suka dengan bola sendiri. Kau dulu rock tak Ryne? Dengar cerita sekarang dia berusaha untuk jadi drummer.. gud luck bro.

Muhaimin
Budak kelantan yang pandai cakap n9. Masa mula daftar dia punya pekat kelantan perghh.. memang tak pernah keluar dari kelantan agaknya. Walaupun tak berapa nak tinggi. Dengar cerita dia dah menjawat jawatan tinggi kerajaan. Harap jangan makan duit sawit  banyak sangat ye.. Masa UITM Arau pernah juga belajar sekali. tapi tu lah last.. lepas tu tetau sekarang dia dah minat menunggang kuda padi pulak.. macam-macam la ko ni min.

Tonik
Tonik yang aku ingat dia ni agak masuk air masa dulu-dulu. Masuk air macam mana tu aku tak pasti.. tapi ada lah.. Nasib baik ko sihat sampai sekarang tonik oi.. huhuhu..  sekarang rambut dah kurang je aku tengok... mungkin banyak fikir pasal lampu LED. Tonik ni tak ada yang special sangat yang aku nak ingat pasal dia.. tapi dia sentiasa ada sampai aku form 5.
yang pakai baju mucky pup tu aku.. tak yah nak cerita sangat ... nanti mesti aku jadi yang paling best antara korang semua ..

Rafazie Rahman
Dia ni kalau orang tak  kenal memang nyampah gak la. Boleh tahan poyo masa sekolah dulu. tapi yang peliknya aku baik dengan dia. Dia pandai main gitar pun sebab aku yang ajar dia dulu.. betul toq.. tak tipu... Badan dia yang besar membuatkan orang takut nak bergurau dengan dia ni.. silap-silap kena tumbuk. Dia dengan Awie Wings sama je lebih kurang... Masa kat Jasin pun dia masih baik dengan aku dan masih lagi minat main gitar. BEgitu juga masa kat UITM Shah Alam. Aku boleh satu bilik pulak dengan dia pulak tu. Tapi masa ni dia sombong sebab kos dia banyak awek-awek cun.. bukan nak kenal kan dengan aku pun. Aku pulak time tu dah mula jumpa kawan-kawan lain dan mula bawak haluan masing-masing lepas abis belajar..

Faris Adil Omar Sudi
Budak KL yang tercampak ke Jelebu. Majalah Pesta yang famous masa tu buatkkan dia pun ikut glamer. Itu je aku ingat pasal ko Faris... hahaha sorry sooryyy... beeg beeggg...
Jailani Muda
Budak Kuala Berang yang juga baik gak dengan aku masa sekolah. Rasanya biasa isap rokok sama-sama. Lagi satu dia ni pandai panjat pokok kelapa.. so kalau haus suruh di je panjat.
Pegawai Kerajaan jugak dia ni.. tapi dia ni macam Mael Lambung.. kerja lurus.. tengok je la janggut.. memang kontraktor takut nak dekat.

Syamsir Aiza
Budak somban gak ni.. Dulu dia player sepaktakraw N9 tau,, tapi dia tak sepak reporter lah macam senior aku sorang tu. Lama gak tak jumpa.. Last jumpa masa kat Seremban dengan Faiz karim pergi kenduri yang ada  Wardina Safiyyah sekali tu.. Last jumpa tak sembang sangat pun.. 


Khairul Azizi Alam
Makin lebar aku tengok Jiji ni. Dulu punya la kurus dan selalu rasa dirinya hensem.. Menyampah tul. Budak johor tapi tak pasti jawa ke tak. Selalu bawak roti gardenia sedap dimakan begitu sahaja balik asrama. Pasal roti pun aku kagum masa tu. Punyalah jakun budak londah ni.. Yang aku ingat Jiji pernah kena gelek kaki dia dengan kereta sebelum masuk MRSMJ. Last jumpa kat UITM shah Alam gak kot.. dia ambik mass com.. eh ada sekali jumpa masa lepas belajar kat shah alam jugak. Tak pasti rumah sapa. Tonik kot? Sekarang dia dah jadi boss kat Karang Kraf.. ada kerja kosong tak Jiji?

Kechik
Kechik yang tak berapa nak kecik sekarang ni. Aku tak bape ingat sangat cerita ko la kecik. tolong ingat kan aku nanti. sebab ko ingat banyak benda. 

Irma Syahnaz
Masa aku tengok list nama 34 pelajar pelik jugak ada nama perempuan masa tu.. IRMA. Sekali tengok..  dia lah yang paling jantan sekali. Bulu penuh satu badan macam gorilla. orang tak de misai.. dia dah ada janggut dah.. Suka sangat cerita pasal ikan paus belakang rumah nenek dia kat Alor Gajah. Dia pun berangan nak jadi rockers gak masa dulu. Seluar dia ketat sampai nak putus benang.. tapi bila aku pakai jadi seluar baggy pulak..
   Kalau nak cerita sorang-sorang memang banyak, panjang ... dan aku pulak dah banyak lupa.. Lepas Mandolin tu banyak juga pertemuan lain yang aku tak dapat nak join. Masih ada 20 orang yang masih belum sempat nak jumpa.. mungkin satu hari nanti kita jumpa semua ye bro bro.. Kepada yang dah jumpa harap dapat jumpa lagi lepas ni.. Jangan sia-siakan teknologi yang ada dihujung jari.



   
       

x