Wednesday 28 October 2015

Travelog Pancing - Kuala Terong


Sebuah pekan kecil yang agak terpencil di Daerah Taiping ini merupakan satu lokasi memancing yang wajib dikunjungi jika anda cintakan pemandangan yang indah. Ikan? itu belakang cerita. Jika kena pada masanya dan air cantik sudah pasti ada hasil yang bakal diperolehi.
Untuk ke sini saya bertolak lewat malam atau awal pagi agar sampai di jeti dalam lingkungan pukul 6 pagi iaitu ngam-ngam kedai makan untuk sarapan sudah dibuka. Jalan ke sana agak mudah sahaja iaitu keluar di tol PLUS Changkat Jering dan kemudian terus ke Kuala Terong. Perjalanan ke sana juga lancar kerana tidak perlu melalui bandar besar berdekatan seperti Taiping.
Saya memilih untuk bersarapan berhampiran jeti Terong yang terletak bersebelahan dengan kilang arang. Ia berhampiuran jeti dan sarapan dijual dengan harga yang jauh lebih murah dari bersarapan di Kuala Lumpur. Belum mula memancing lagi anda sudah pasti terpegun dengan kilang arang bersebelahan kedai makan jika rajinkan kaki untuk masuk ke dalamnya. Untuk melihat bagaimana arang diproses tidak perlu meminta kebenaran sesiapa di sini tetapi memadai dengan menjaga kebersihan dan tidak menggangu pekerja di sana.



Kilang arang di Kuala Terong adalah datangnya dari hasil hutan bakau yang banyak terdapat di sana.












































Di Kuala Terong pemancing boleh memilih untuk membawa bot sendiri atau mengupah bot man yang berpengalaman di sana. Bagi pendapat saya adalah lebih baik membawa orang yang tahu selok belok sungai di sana kerana terdapat banyak cabang-cabang sungai yang boleh menyebabkan sesat.
Terdapat juga lorong-lorong shotcut yang menjimatkan masa untuk ke sungai bersebelahan.

Mengilat di sepanjang tebing di sini juga memerlukan boatman yang cepap mengemudi bot agar mudah untuk pemancing mengila serentak. Bot akan dikemudi perlahan sambil balingan dibuat di reba-reba yang berpotensi di tebing.

Mengilat di Kuala Terong memerlukan skill untuk melontar gewang rapat ke reba-reba.





















Pemancing tempatan sedang memancing dasar.




















Abu Hornet dipadankan dengan Abu revo Crank 6













Monday 12 October 2015

Travelog Pancing - Temenggor Selatan

Temenggor Selatan menjadi pilihan trip saya kali ini apabila situasi di sebelah utara agak sesak kerana ada pertandingan dilakukan pada tarikh yang sama. Pilihan ini dibuat memandangkan kami tidak mahu mengganggu pertandingan tersebut dan ingin melihat potensi Temenggor Selatan yang kurang mendapat perhatian pemancing. Belum di sebelah utara dikatakan lebih banyak ikan kerana untuk memancing di sana agak sukar kerana memerlukan permit memancing yang perlu dimohon 2 minggu sebelum trip.

Jambatan pertama. Di hadapan sana ialah  Tasik Banding


Kami mengambil keputusan untuk bertolak ke Jeti Tasik Banding pada lewat tengah malam dan sampai di keesokkan paginya. Perjalanan selama 3 jam setengah bermula dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Plus hingga ke susur keluar Kuala Kangsar dan kemudian mengikut jalan perseketuan hingga ke Pekan Grik. Di Pekan Grik kami mengambil peluang membeli kuih-muih dan makanan di Pasar Grik yang mula beroperasi seawal 6pagi. Terdapat banyak pilihan juadah makanan untuk sarapan boleh dibeli di sini dengan harga yang agak murah. Kami membeli makanan yang cukup untuk bekalan hari pertama dan akan masak sendiri untuk hari kedua. 

Pasar Grik sudah meriah diawal pagi


Pelbagai jenis kuih muih ada dijual dengan harga yang lebih jauh murah dari Kuala Lumpur.

Untuk ke jeti banding, tambahan masa selama 1 jam diperlukan untuk perjalanan di jalan yang berbelok-belok sebelum sampai ke sana. Dinasihatkan pemanduan perlulah lebih berhati-hati lebih-lebih lagi ketika hujan kerana jalannya agak licin dan selekoh yang tajam agak membahyakan. Terdapat juga papan tanda amaran bahawa jalan tersebut adalah laluan gajah yang melintas.
Jalan yang sunyi dan merbahaya. Berhati-hatilah.


Setibanya di jeti lebih kurang pukul 8pagi, Biyek selaku boatman kami sudah menunggu dengan boat 20 kakinya yang dilengkapkan dengan enjin 40hp. Setelah barangan kami dipunggah masuk, perjalan ke selatan tasik temenggor dimulakan. Kami terus ke spot memancing dan memulakan pancingan sebaik sahaja sampai. Barang makanan dan kelengkapan berkhemah kami selama 2 hari.


Jeti biasanya sesak di hujung minggu.
Ramai juga yang datang ke jeti untuk melihat pemandangan tasik.

Terdapat juga jualan dari penduduk tempatan.
   
Madu lebah asli






Ketika tengahari kami berehat di tapak perkhemahan dan menurunkan barangan serta kelengkapan yang akan digunakan untuk bermalam di sana. Pancingan disambung kembali pada sebelah petang di kawasan berhampiran sehinggalah lewat petang. Biasanya Biyek akan menunggu waktu terbaik mengilat sebarau di tanjung-tanjung sehinggalah hari gelap.





 




Kami berehat di Pulau Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terletak di atas bukit yang dikelilingi Tasik. Kelengkapan seperti Camp Bed dan sleeping bag amatlah perlu kerana suhu ketika malam agak sejuk kerana kawasan ini terdedah kepada angin. 
Juadah makan malam kami disiapkan Biyek dengan sajian yang ringkas dan aktiviti malam hanya la berehat sebelum menyambung pancingan pada keesokkan paginya.

Pondok ini dijadikan tempat kami berteduh di waktu malam

Kawasan perkhemahan terletak di atas bukit yang dikelilingi Tasik

Pulau ini juga sesuai untuk berehat dan menenangkan fikiran kepada yang tidak minat memancing.
Pancingan hari kedua bermula awal pagi dengan mencari sebarau di teluk-teluk yang banyak terdapat di Temenggor selatan. Pancingan berubah kepada pencarian Toman apabila cuaca mula panas dan kami lebih banyak menyasarkan kawasan yang terbuka di luar teluk @ hiway. 
Untuk hari kedua, kami memancing sepanjang hari dan hanya berehat di bot ketika waktu makan tengahari. Tempoh pancingan yang panjang ini dimanfaatkan dengan memancing sehinggalah trip tamat pada lewat petang. 
Selesai memancing kami mengambil keputusan untuk pulang terus ke Kuala Lumpur. Pilihan yang ada ialah tidur di Grik dan bertolak keesokkan hari. Terdapat banyak hotel budjet boleh di dapati di pekan Grik bagi mereka yang ingin berehat dahulu selepas penat seharian memancing.

Boathouse
Selain dari memancing secara camping yang kosnya agak murah, pemancing juga mempunyai pilihan lain yang lebih selesa iaitu bermalam di Boat House. Saya sempat melihat secara dekat boathouse Banding Tiong Mas yang sangat bersih dan sesuai untuk bermalam jika mahukan sesuatu yang berbeza.











Pertanyaan : Banding Tiung Emas
                    Along 012 - 459 2680
                    Opie 013 - 407 7175

                    Biyek 012 - 461 1408