Thursday, 9 January 2014
The Secret Life Of Walter Mitty - Review
Setiap hari rabu biasanya akan menjadi hari movie aku. Jangan ngegada nak ajak pergi William. Sejak dua menjak ni aku suka tengok kat Paradigm Mall sebab lebih mudah nak pergi dari ofis dan boleh parking kat atas betul-betul depan movie. Jadi tak perlulah nak berpusing-pusing jalan kaki cari kereta sebab kadang-kadang lupa letak kat mana.
Sekarang nak beli tiket lebih mudah. Install apps GSC dalam phone lepas tu beli online. Nak beli pop corn sekali pun boleh.. mesti korang tak tau kan pasal pop corn tu? Lepas tu nak masuk pun tak payah nak ambik tiket dah. Masa beli dengan App tu dia akan bagi barcode sekali. So masa nak masuk, scan je.. terus dah boleh masuk. Kot bergaduh dalam wayang pasal tempat duduk pun boleh tunjuk no tiket dalam phone tak perlu tengok tiket dalam gelap. Kagum kan? tak macam dulu-dulu masa tengok wayang kat REX KL. Tiket pakai kertas Cina semayang. pas tu tulis pakai pensil kaler. Kalau sebelum-sebelum zaman tu lagi lah, pakai kipas je Toq. Tikus lalu kat kaki tu perkara biasa.
Ok baru start review.
The secret life of Walter Mitty lakonan Ben Stiller ini mengisahkan seorang yang bekerja dengan syarikat penerbitan (mcm aku lah) yang menerbitkan LIFE Magazine. Beliau adalah seorang manager kecik di bahagian penyimpanan kodak. Dalam filem ini Walter MItty adalah seorang yang kuat berangan. Berangan nak jadi hero aje. So akan ada aksi-aksi stunt juga dalam filem ini. Beliau juga meminati rakan sekerjanya (satu ofis tapi tak pernah bertegur sapa) Cheryl Melhoff lakonan Kristen Wiig .Beliau cuba mengurat Cheryl melalui laman sosial tetapi Cheryl pulak jarang online. Dia tak macam gadis-gadis kat Malaysia. 24jam mengadap Facebook.
Satu hari di ofis, keseluruhan warga Life Magazine telah mendapat satu berita buruk iaitu penutupan LIFE Magazine dan akan menjadi LIFE online sahaja. Masa tu akan ramailah nanti pekerja akan dibuang kerja. Yang tinggal hanyalah pekerja-pekerja terbaik dan penting sahaja. Untuk isu terakhir (last Issue) Life magazine bersetuju untuk menerima gambar dari Sean O'Connell ( lakonan Sean Penn) sebagai cover page. Gambar tersebut sorang pun belum tengok. tapi dah jadi dipilih cover page. Cam ni baru power, tak payah baca tip-tip macam mana nak jadi cover page.
Kodak tersebut telah dipos oleh Sean O'Connell kepada Walter Mitty, tetapi kodak yang dihantar tersebut tiada dalam gulungan kodak yang dipos tersebut ( ko paham tak ni? ). Dalam kotak cuma ada segulung filem tak cukup no 25... kodak kan ada 36.. no 25 tu tak ada la woiii.. dan ada wallet kulit sebagai hadiah . Kodak no 25 hilang dari filem tersebut. Apo lai.. mengelabahlah si Walter dan cuba menyembunyikan hal ini kepada bosnya yang berjambang ala-ala Wak Doyok dan cuba mencari filem tersebut sebelum Last Issue dihantar print. Dengan menggunakan clue yang ada dalam kodak tersebut Walter cuba menjejak Sean O'Connel yang sedang mengembara. Sean ni seorang fotografer yang mengembara ke seluruh dunia dan kolot. Kolot tu bermaksud tidak mengunakan handphone apatah lagi Note 3 Lte.
Walter mencari Sean hingga ke green land. Semasa di Greenland beliau hampir menemui Sean tetapi gagal juga. Masa tu Sean tengah ambil gambar gunung berapi meletup sambil duduk atas katal terbang. Gile terel. Maka baliklah Walter dengan kecewanya. Semasa pulang ke ofisnya selepas mengembara, orang dah sibuk kemas meja. Ramai dah kena buang termasuklah Cheryl. Masa ni adalah plot-plot romantik beliau berjumpa Cheryl dan anaknya sambil beliau menunjukkan skilnya kick flip dan beberapa flip yang buat anak Cheryl kagum. (woi ni betul lahh)..
Wak Doyok pulak dah angin sebab cover page tu tak dapat-dapat lagi. Orang dah nak antar print dah ni. Walter terpaksa berterus terang dengan Wak Doyok bahawa kodak no 25 dah hilang. Wak doyok sungguh marah lalu dia cakap cam ni " find another cover page! and you are fired! " marah tul tu... Lalu pulang lah Walter ke rumahnya dengan perasaan yang kecewa sekali.
Beliau tetap tidak berpuas hati dan masih mahu mencari Sean supaya meberitahu dimanakah kodak itu walaupun dah kena fired. Piano dirumahnya juga adalah sebahagian klue yang terdapat dalam kodak tersebut. Rupanya Sean ada datang kerumahnya dan berjumpa dengan mak Walter. Apsal omak tak bagi tau?? Maknya sebenarnya ada bagi tau tapi masa tu Walter dalam alam khayalannya yang sangat kronik. Mak Walter bagi tau Sean ada bagitau yang dia nak pergi ke Afganistan mencari osama.. huhu.. tak la.. ambil gambar.. lalu Walter telah ke sana untuk mencari Sean. Siap panjat gunung dekat-dekat dah dengan Everest, jalan-jalan dan jalan..daki- daki terjumpalah beliau dengan Sean tengah nak ambil gambar harimau beranak.. eh bukan.. harimau apa tah.. . lepas tu Sean bagitau lah kat mana kodak no 25 tu.. tak kan aku nak bagi tau gak kat mana.. aku wat review bukan terjemahkan movie ni ke dalam novel.. hahah . Silalah ke panggung wayang berdekatan anda untuk tahu cerita seterusnya.
Di pendekkan cerita Cover Page tu akhirnya keluar juga untuk LAst Issue.
Cerita ini berbentuk komedi sedikit romentik dan ada unsur adventure. Komedi yang agak ringan, tidak terlalu mengarut. Cuma masa dalam alam khayalan tu memang mengarut siap ada macam cerita HULK lagi. haduii.. Pengambaran filem ini juga dibuat ditempat-tempat yang best kat Greenland dan Iceland dan juga Afganistan, Nepal, Everest..View memang superbb. Wah terus rasa nak packing pergi melancong..
Ok dah tu je..
Wednesday, 8 January 2014
Cover Page part 2 - Teknik/etika mengambil gambar (special dedicated to Anep & Ayie gdex..lee tomato sekali)
Best macam mana ikan ko..besar mana..rare mana pun tapi kalau gambar cam sampah memang tiada gunanya. Makin jauhlah cita-cita nak duduk sebelah Nora Danish. Sebab tu aku nak tekankan dalam episod 2 sinetron ni bahawa gambar yang cantik itu penting. . Sangat penting. Tak yah la berangan gambar cantik sampai macam National Geografi tu sangat. Tak perlu. Cukup sekadar cukup sifat-sifat yang boleh diterima pembaca Malaysia pun dah ngam. Bila orang pegi 7E beli stokin pun tergerak hatinya nak beli majalah bila ternampak cover page muka kau.
Jadi aku bagi sedikit tips/teknik/Etika ketika memancing dan berhajat nak jadi cover page. Jangan percaya sangat 100%. Tapi sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan dan kau akan berfikir luar dari kotak.
1. NIAT - Dari rumah lagi ko kena berniat nak jadi cover page trip itu. Biar la orang nak kata ko poyo atau giler glamour pun lantak lah. Dia pernah masuk pc sebelah rm50 ke nak bising-bising? Dengan niat yang ada kau akan jadi lebih bersemangat dan tidak alpa dan berhati-hati semasa mengambil gambar. Ayat apa tah ni.. Tapi niat kan penting.. dah dapat pahala dah kat situ.
2. FOKUS - ni penting. Dari episod satu aku dah tekankan. Fokus mata ikan..bukan mata aku. Titik fokus boleh berubah terutama masa mengambil gambar dalam bot yang bergoyang. Yang ko gi fokus puting aku pahal lak ni? Tengok di Lcd memang kadang-kadang tak berapa nampak. Nampak sempurna tapi bila tengok kat pc.. tak apa-apa lah difokusnya.. itu pun kot fokus dengan sharp..yang blur memang tekan delete me ubatnya!.
Belajar cara zoom gambar kat lcd tu untuk tengok dengan lebih detail dengan cara paling pantas. Sharp ke tak sharp... ingat.. dengan cepat.. ikan tu penat tahan nafas. Paling teruk fokus objek yang jauh kat belakang... tolong tolong... aku tak boleh terima oiiiii..
3. KERAT IKAN - elakkan dari ambil gambar ikan terkerat di mana-mana bahagian. Tau la ko nak kerat ikan tu lepas tu. Namun ada kalanya teknik yang kreatif ambil ikan sekerat-sekerat masih boleh diterima akal. Berfikir luar kotak la kononnya. Ye.. mmg boleh.. close up lure atau sisik ikan pun boleh.. tapi ko dah lupa ke.. ko yang nak glamer kan.. ikan kat pasar dah cukup glamer dah.. semua orang kenal ikan kembong yang mana satu. So kau dan ikan kena seimbang. Biar dua-dua glamer walaupun ko busuk sebenarnya.
4. KELAS FOTOGRAFI- Rules of third, golden ratio 1:1.618, golden triangle, golden spiral.. haa.. tak paham kan.. ?? kalau ada kelas fotografi rajin-rajin lah join. Free lagi bagus. Company kaya kan? Gi kelas make sure ikhlas. Jangan sekadar nak penuhkan attendent nanti bonus dapat lebih tapi kat belakang ko sibuk mintak dragon level 5 dengan Affa. Tumpukan perhatian.. mana tau leh ambik gambar aku kawin nanti.
5. Orang tengah tarik ikan kau masih sibuk nak mancing. Pegi ambik kamera la woi.. yang ni aku sendiri susah nak kawal. Rasukan ikan yang mengena pancing orang lain boleh buat aku hilang akal. Memang betul.. ikan dah naik nanti lah baru ambik gambar cantik-cantik. Tapi kalau masa orang tarik ikan kita masih sibuk nak baling pancing, risiko kawan kita tu tak dapat naikkan ikan agak tinggi. Terbelit tali pancing lain selalu mengagalkan misi. Hati mau bersih. Mungkin hari ni dia punya turn tarik ikan.. cuba hari ko pulak orang buat camtu. Tak ke angin satu badan.. Nora Danish dah terbayang kat sebelah dah time tu.
6. Masa ambil gambar tak perlu nak terlalu depankan ikan nak bagi ikan sekilo nampak berkilo-berkilo. Betul.. impak pada gambar lebih berkesan dan nampak lebih garang. Tak salah ke depankan ikan..cuma tak perlu berlebih-lebihan sampai muka ko yang ensem tu nampak bijik mata je. Dekat cover tu bukan nak penuh kan dengan ikan sahaja.. Logo majalah perlu ruang jugak.. title main story nak ruang jugak. Kalau boleh bayangkan macam mana gambar tu bila jadi muka depan nanti macam mana.. Mendepankan ikan memang sudah lama dipraktikkan. Tapi cuba ejas bagi ia tidak nampak keterlaluan.
7. Ambil gambar dengan pantas. Jgn ambik sekeping je pulak... Pantas bermakna banyak kali snap dalam masa yang singkat. Alasan pertama ialah nak memastikan itu tidak mati lemas kerana terlalu lama di darat. Ini tak bape penting sangat sebab tak ramai dah sekarang ni nak CNR. Cnr dalam perut lagi bagus katanya.
Yang penting ialah alasan kedua. Lagi cepat ambik gambar..lagi cepat orang yang dapat ikan tu berehat.. penat beb tarik ikan besar.. pas tu nak dukung pulak ikan sebab ko sibuk nak snap banyak-banyak kali..tukar- tukar posing lah.. apa ingat ambik gambar pengantin ke apa. Bayang kan kalau seekor ikan ko nak snap sampai 100 keping. Apa jadah. Orang pegang ikan kompom rasa nak.lempang ko laju-laju. Snap je beberapa keping gambar yang berkualiti sudah cukup..yang penting ilmu fotografi tu. Ambik gambar terlalu banyak ni menunjukkan pada orang lain ko tak yakin dengan kualiti gambar yang diambil. Atau senang cite tak pandai ambik gambar.
8. LAst. bila apa yang ko pakai memang dah ngam.. baju cantik.. seluar Uniqlo.. croc ikut kaler jam.. ikan besar, gambar pulak cantik sangat, dalam kepala pun dah plan nak tulis apa, cerita meletop nanti ni... Boleh kata mengikut semua tips yang budak Londah tu tulis.. Kau akan melalui stage terakhir. Pemilihan oleh juri! Ketua juri biasanya akan dipengaruhi juri awam. Juri awam pula akan cuba mencari kesilapan ko walaupun sekecil kuman. Masa tu perkara lain memain kan peranan. Kena tengok jugak muka ko bape kali dah keluar muka depan. Kalau bulan lepas muka kau.. bulan ni pun nak muka kau. Elok buat majalah sendiri je. Jenis ikan pun main peranan, kalau bulan lepas sebarau.. tak kan bulan ni nak sebarau gak . mana tau tiap-tiap bulan ko naikkan sebarau 5 kilo.
LAst yang terakhir.. masa ni lah kelapa sawit memainkan peranan,, hahaha aku acah je.. ini serius.

| Contoh gambar ala-ala pengantin yang baik.. nampak orang belakang sikit.. ikan kasi blur sikit... |
3. KERAT IKAN - elakkan dari ambil gambar ikan terkerat di mana-mana bahagian. Tau la ko nak kerat ikan tu lepas tu. Namun ada kalanya teknik yang kreatif ambil ikan sekerat-sekerat masih boleh diterima akal. Berfikir luar kotak la kononnya. Ye.. mmg boleh.. close up lure atau sisik ikan pun boleh.. tapi ko dah lupa ke.. ko yang nak glamer kan.. ikan kat pasar dah cukup glamer dah.. semua orang kenal ikan kembong yang mana satu. So kau dan ikan kena seimbang. Biar dua-dua glamer walaupun ko busuk sebenarnya.
4. KELAS FOTOGRAFI- Rules of third, golden ratio 1:1.618, golden triangle, golden spiral.. haa.. tak paham kan.. ?? kalau ada kelas fotografi rajin-rajin lah join. Free lagi bagus. Company kaya kan? Gi kelas make sure ikhlas. Jangan sekadar nak penuhkan attendent nanti bonus dapat lebih tapi kat belakang ko sibuk mintak dragon level 5 dengan Affa. Tumpukan perhatian.. mana tau leh ambik gambar aku kawin nanti.
| Gambar ni nampak ok masa tengok kat lcd kamera.. |
5. Orang tengah tarik ikan kau masih sibuk nak mancing. Pegi ambik kamera la woi.. yang ni aku sendiri susah nak kawal. Rasukan ikan yang mengena pancing orang lain boleh buat aku hilang akal. Memang betul.. ikan dah naik nanti lah baru ambik gambar cantik-cantik. Tapi kalau masa orang tarik ikan kita masih sibuk nak baling pancing, risiko kawan kita tu tak dapat naikkan ikan agak tinggi. Terbelit tali pancing lain selalu mengagalkan misi. Hati mau bersih. Mungkin hari ni dia punya turn tarik ikan.. cuba hari ko pulak orang buat camtu. Tak ke angin satu badan.. Nora Danish dah terbayang kat sebelah dah time tu.
6. Masa ambil gambar tak perlu nak terlalu depankan ikan nak bagi ikan sekilo nampak berkilo-berkilo. Betul.. impak pada gambar lebih berkesan dan nampak lebih garang. Tak salah ke depankan ikan..cuma tak perlu berlebih-lebihan sampai muka ko yang ensem tu nampak bijik mata je. Dekat cover tu bukan nak penuh kan dengan ikan sahaja.. Logo majalah perlu ruang jugak.. title main story nak ruang jugak. Kalau boleh bayangkan macam mana gambar tu bila jadi muka depan nanti macam mana.. Mendepankan ikan memang sudah lama dipraktikkan. Tapi cuba ejas bagi ia tidak nampak keterlaluan.
| Gambar ini bertajuk " aku sedang bermimpi tengok Skyfall bersama kawan-kawan " dalam mimpi memang nampak tak beberapa jelas tetapi rasa macam real je.. |
7. Ambil gambar dengan pantas. Jgn ambik sekeping je pulak... Pantas bermakna banyak kali snap dalam masa yang singkat. Alasan pertama ialah nak memastikan itu tidak mati lemas kerana terlalu lama di darat. Ini tak bape penting sangat sebab tak ramai dah sekarang ni nak CNR. Cnr dalam perut lagi bagus katanya.
Yang penting ialah alasan kedua. Lagi cepat ambik gambar..lagi cepat orang yang dapat ikan tu berehat.. penat beb tarik ikan besar.. pas tu nak dukung pulak ikan sebab ko sibuk nak snap banyak-banyak kali..tukar- tukar posing lah.. apa ingat ambik gambar pengantin ke apa. Bayang kan kalau seekor ikan ko nak snap sampai 100 keping. Apa jadah. Orang pegang ikan kompom rasa nak.lempang ko laju-laju. Snap je beberapa keping gambar yang berkualiti sudah cukup..yang penting ilmu fotografi tu. Ambik gambar terlalu banyak ni menunjukkan pada orang lain ko tak yakin dengan kualiti gambar yang diambil. Atau senang cite tak pandai ambik gambar.
8. LAst. bila apa yang ko pakai memang dah ngam.. baju cantik.. seluar Uniqlo.. croc ikut kaler jam.. ikan besar, gambar pulak cantik sangat, dalam kepala pun dah plan nak tulis apa, cerita meletop nanti ni... Boleh kata mengikut semua tips yang budak Londah tu tulis.. Kau akan melalui stage terakhir. Pemilihan oleh juri! Ketua juri biasanya akan dipengaruhi juri awam. Juri awam pula akan cuba mencari kesilapan ko walaupun sekecil kuman. Masa tu perkara lain memain kan peranan. Kena tengok jugak muka ko bape kali dah keluar muka depan. Kalau bulan lepas muka kau.. bulan ni pun nak muka kau. Elok buat majalah sendiri je. Jenis ikan pun main peranan, kalau bulan lepas sebarau.. tak kan bulan ni nak sebarau gak . mana tau tiap-tiap bulan ko naikkan sebarau 5 kilo.
LAst yang terakhir.. masa ni lah kelapa sawit memainkan peranan,, hahaha aku acah je.. ini serius.
Subscribe to:
Posts (Atom)