Monday, 9 March 2015

Review – Daiwa Tatula Type-R


Pengenalan
Sebelum ini Daiwa telah mengeluarkan beberapa siri kekili baitcaster Type R seperti Alphas, Zillion dan PX68 (Pixy) dengan membuat beberapa perubahan pada model asal. Kini Daiwa kembali dengan Type- R yang lebih ekonomi dan sistem yang lebih baru iaitu dengan menghasilkan Tatula Type-R. Sistem TWS ( T-wing System) telah diperbaharui dari segi fungsinya berbanding Daiwa T3 sebelum ini untuk memastikan lontaran gewang akan lebih jauh.

Daiwa mengeluarkan Tatula Type-R dengan dua kelajuan berbeza untuk penggunaan gewang yang lebih spesifik.



Penampilan
Daiwa Tatula Type-R mempunya warna hitam yang agak menarik dan lebih mudah dipadankan dengan apa juga joran. Dengan kemasan warna merah pada ‘spool tension control knob’ dan spool menambahkan lagi seri Tatula yang sesuai dengan gelaran Type- R yang diberikan.  Logo Type-R itu sendiri sudah pastinya menarik perhatian pemancing. Menggunakan swept handle 90mm dan knob yang lebih besar untuk pegangan yang lebih kemas semasa mengarau. Frame dan side plate Daiwa Tatula Type-R ini diperbuat daripada aluminium bagi mengurangkan jumlah berat keseluruhannya.

Perbezaan Daiwa Tatula Type R. (kanan ialah Daiwa Tatula untuk pasaran japan (JDM))


Sistem bukaan TWS (T-Wing System) . Sebelum menekan ‘release button’ 

Apabila ‘release button’ ditekan dan bersedia untuk melontar. Bukaan yang lebih luas pada ‘line guide’ membolehkan lontaran yang lebih jauh dilakukan.


Ciri-ciri
-          Menggunakan sistem TWS yang melancarkan pengeluaran tali semasa lontaran.
-          Drag karbon U.T.D ( Ultimate Tournament Drag) menghasilkan kuasa drag sehingga 7kg.
-          Sistem brek Magforce-Z cast control untuk kawalan balingan yang lebih lancar.
-          8 alas bebola ( 2 CRBB, 5 stainless steel, 1 roller bearing).
-          Knob I-shape yang lebih selesa ketika membuat karauan.

Terdapat 2 jenis Tatula Type R yang dikeluarkan oleh Daiwa untuk kali ini iaitu Ratio 6.3:1 dan juga 8.1:1. Dengan adanya 2 ratio berbeza, pengguna dapat memilih untuk kegunaan yang lebih spesifik bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Untuk ratio yang lebih laju 8.1:1, penggunaan gewang permukaan dan juga ‘jerkbait’ sangat sesuai untuk digunakan manakala untuk 6.3:1 digunakan untuk gewang selaman dalam.
Perbezaan ketara antara dua ratio ini adalah gear utama dan pinion gearnya. Gear pada 8.1:1 besar sedikit dari 6.3:1 dan mempunyai gigi gear yang lebih halus untuk menghasilkan kelajuan yang dikehendaki. Gear 6.3:1 pula lebih kasar giginya memastikan karauan gewang selaman dalam lebih terasa ringan.

 Tiada bearing pada spool seperti kekili model Daiwa yang lain.

 
Perbezaan pada bahagian dalam. Hanya berbeza pada saiz gear utama dan gigi gear sahaja.


Perhatikan perbezaan saiz gear utama dan gigi gear.
Karbon drag U.T.D.

Rekaan handle yang dapat mengurangkan berat.





Selesa ketika berada di dalam genggaman

Dua set kekili sudah mencukupi apabila menduga perairan air tawar Malaysia




Tuesday, 13 January 2015

Tester aka duta produk

Dengar cam best. Setiap jenama sekarang ni semua nak main duta. Artis-artis biasanya jadi mangsa. Sama gak dengan jenama barang pancing. Sekarang ni banyak syarikat pancing dah mula melantik duta-dutanya untuk melariskan produk. Duta biasanya tergolong dari penulis bebas, wartawan dan juga insan-insan popular dalam dunia memancing. Impak yang diberikan oleh duta ini sungguh baik sekali kerana mampu menggoda pengguna lain menggunakan produk tersebut. Ini yang kita mahu! Kata tokey-tokey produk barangan pancing tersebut.
Namun.. apa pula yang duta tersebut dapat? Ada gaji ke? Dapat barang free ke? Trip disponsor ke?  Atau sekadar nak nama sebab menjadi duta barangan yang popular dan mahal padahal trip bayar sendiri.. barang pun kadang-kadang kita yang beli kat kedai.

Aku nak kongsi sedikit pengalaman menjadi seorang duta kat sini. Dan beri beberapa pendapat apa yang perlu difikirkan sebelum menerima@ offer diri sendiri menjadi duta. Ia bukan sekadar glamour broo..

Masa aku mula-mula nak jadi tester dulu memang rasa agak excited. Woww... testerr.. iyo lahh.. da la dapat barang free.. glamer lak tu.. selepas beberapa perbincangan.. trip pun aku leh claim.. tiada hitam putih dalam perjanjian ini.. cuba bincang-bincang mulut sahaja dengan tokey. ni dah bagus!  Kerja senang je.. pergi pancing.. claim.. balik.. tulis artikel.. up sikit barang tersebut.. kalau boleh cakap yang elok-elok je.. bak kata pak tam.. sedap bagi tau kawan.. tak sedap bagi tau pak tam.
Fenomena duta/tester produk mancing ni memang agak baru di Malaysia. Jadi kita jadi excited dan kurang ambil tahu apa kateria yang perlu diambil kira sebelum jadi seorang tester. 

1. Mula-mula pastikan perjanjian tersebut jelas. Apa yang dia nak.. apa yang ko nak.. Kalau boleh sain kontrak.. untuk elakkan masalah di masa depan. 

2. Pastikan barang-barang yang ko nak test tu semua free.. kalau kena beli walaupun dapat diskaun apa barang.. sebagai duta anggap je lah apa ko nak semua dapat.. mintak je.. 

3. Bila test tu.. test dengan ikhlas. Bagi feedback yang berguna untuk syarikat tersebut improvekan kekurangan yang dia ada. Kalau tak best, bagi tau tak best! jangan sebab kena sponsor barang ayam pun ko kata best gilerr!  Kalau terel..buat sekali design yang korasakan sesuai dengan padang pancingan kat sini.

4. Yang ni tak ramai yang dapat. Mintak gaji tetap. Tak potong kwsp pun tak pe. Jadi kan tester dari luar negara sebagai panduan.. ko tanya diorang dapat bayaran berapa setahun? Tak pun tanya nora danish.. berapa Uniqlo bayar kat dia untuk jadi duta. 

5. Fikirkan juga mampukah kita mempromosi barangan tersebut dalam artikel kita nanti. Bolehkah secara terang-terangan nak tulis pasal barang tersebut atau sekadar tulis di caption? Jangan lupa, kita tak bayar apa-apa kat majalah. Takkan nak buat iklan free aje.

5. Adakah menjadi duta ini tidak mengganggu kerja tetap anda? Macam mana dengan cuti? Insuran? Jika anda memang seorang wartawan di majalah tersebut, adakah kerja jadi duta ini tidak melanggar polisi syarikat? Tidakkah nampak 'bias' bila anda hanya mempromosikan satu produk padahal company lain juga ada membeli iklan di majalah anda?

Jadi sebaik-baiknya sebelum nak jadi duta@ tester baik fikir dulu masak-masak. Jangan sampai syarikat membawa jenama tersebut memperalatkan anda. Diorang tau nak untung je. Kalau boleh free lagi bagus. Iklan kan mahal. Ini adalah salah satu cara yang paling jimat untuk melariskan produk. Jangan fikir nak glamour yo jang. Sebab tak glamer mana pun. Silap-silap tak de orang kenal pun kau.. ko ingat ko nora danish!??