Koordinat parking kereta - N04.55522 E101.32335
Koordinat puncak - N04.54264 E101.33379
Tinggi puncak - 5955kaki
3:00am - Bertolak dari Subang
5:30am - Breakfast kat Simpang Pulai
6:30am - Bertolak ke kaki Gunung Suku
7:30am - Sesat sampai ke Cameron
9:00am - Baru jumpa tempat parking kereta sebelum mendaki.
9:15am - Start memanjat
11:30am - Sampai kat anak sungai sebelum puncak
1:00pm - Sampai puncak
2:15pm - Bertolak turun
5:00pm - Sampai ke parking
Pagi tu selepas balik dari zoo aku terus tido sebab nak bangun pukul 2am dan bertolak ke Simpang Pulai. Lepas sarapan terus bertolak menuju ke kaki Gunung Suku walaupun sebenarnya tak tau pun kat mana tempat tu. Am kata senang je... tepi jalan sebelah kanan dari Simpang Pulai akan ternampak kawasan lapang boleh park kereta kat situ.. tapi malang nya kami terlepas pandang dan maka itu terlajak lah sampai ke kg. Raja kat Cameron nun.. nak isi minyak paling dekat kat Brincang..tapi setelah bertanya kepada penduduk setempat dapat lah kami membeli minyak dalam botol mineral di tokong cina yang berharga rm4 sebotol. Bolehlah top up nak cari tempat tadi semula...
Kalau dari Simpang Pulai, tempat ni sebelah kanan.. 32.3km dari tol Simpang Pulai |
Tak penat punn ... |
Trek senang nak cam, menaik je sepanjang perjalanan.. semput woii |
Kawasan lapang yang boleh dijadikan tempat berehat seketika.. sampai sini pun dah pancit dah.. |
Nampak puncak dari sini.. lepas ni menurun.. dan naik lagi.. |
Ada punca air terakhir sebelum membuat pecutan terakhir ke puncak |
Periuk kera.. |
Bila dah nampak macam ni.. maknanya dah nak dekat nak sampai lah... |
Jalan seterusnya menuju ke tempat gelap tu... berani? |
Kawasan ni berlumut lembab.. kalau tak bawak cukup air boleh perah lumut tu.. |
Pemandangan dari puncak Suku |
Ada gunung-gunung lain berdekatan |
5955 kaki = 181508.4cm |
Puncak Gunung Irau.. dekat je tu.. jom! |
Pulut Hatyai, Belanak Masin Teluk Intan... |
Boleh nampak jalan kat bawah sana.. |
Rumput ke ulam? |
Sambung treking kat kebun teh pulak... |
Rumah Tea.. Boleh minum tea kat sini.. kek pisang pun ada jual.. yahuuu... |
slm bro....nak tanya sket....kat mane starting point gunung ni sbnrnye....tq
ReplyDeletestarting point dia kat N04.55522 E101.32335, nanti bila sampai sana tengok2 belah kanan ada nampak lorong ... susur lorong tu... nanti terus boleh start daki...
DeleteSalam..boleh ke join klau ade2 aktvti ag?
ReplyDeleteTEBING TINGGI BACKPACKER
ReplyDeleteMOUNT GUIDE SERVICE
all over cameron mount
ANDY : 017-9997790
eskk nk naik >< .. wuuu
ReplyDelete