Monday, 19 November 2012

Never Give Up Pulau Sembilan pulak.. Day 1

Tarikh : 17-18 November 2012
Lokasi : Kampung Permatang - Pulau Sembilan - Kampung Baru Setiawan - Lumut

Minggu ni aku ada dua tugasan.. pertama Pulau sembilan... tempat faveret... tak suruh pun aku nak pergi... kedua cari siakap kat sungai Setiawan.. dua-dua tempat ni dekat je.. satu daerah.. so senang sekali harung ... tak payah nak datang 2-3 kali kat tempat sama.. So weken ni tak boleh nak panjat-panjat... main air je minggu ni... yeahh...

17 Nov

10:00pm - Aku mula bergerak ke Sri Manjung selepas meminjan SOL dari abam parang. Saje ikut jalan yang banyak tol.. Federal tol batu 3, Gutherie 3 tol, Latar tol lagi.. terus keluar kat Kuala Selangor. Sampai kat Sekinchan singgah beli jajan jap.. cacing perut aku yang six pack ni dah mintak makan.. amik kau double decker + gatorade purple.  
11:57pm - sampai dah simpang 4, Hutan Melintang . Ayoi dah tunggu kat petronas terus ke batu 8 pegi makan dulu kat kedai tepi sungai.. tak nampak pun sungai sebab dah malam.. tapi aku ada terdengar orang duk cakap belakang kedai ni sungai.. ye la tu kot. Am menyusul kemudian selepas beberapa minit sampai.. yeah,, tq belanja..

Makanan dah sampai tu hoii...






 Lepas makan dan bersembang lebih kurang, aku teruskan lagi perjalanan ke Sri Manjung dan terus ke kampung Permatang. Kat sana Ayie dari geng Panasonic Shah Alam pun baru balik dari makan dan tengah membuat persiapan untuk esok.. Bla bla bla.. dah nak pukul 3.. esok kot mabuk jangan marah arr.. tak cukup tido ni boleh mengundang mabuk, migrain dan kekumpauan... hohoho..

Bersiap sedia nak berperang dengan ombak esok .. 

Esok pukul 7 dah siap semua terus pergi sarapan kat kedai faveret, aku cam biasa kena minum teh tarik dgn roti canai.. kalau tak nanti aku jadi malas lepas tu rasa nak tido balik. Lempeng kelapa pun masih ada lagi kat kedai tu.. yeahh.. selalu je melepas... barang panas meme cepat abis..
Kuih ada, roti canai ada, nasik lemak ada.. sok kabar pun ada.. menu lengkap pagi hari cuti..

Roti canai yang comel.. kalau perut besar tong.. kena makan lapan baru kenyang ni,.,
Lepas sarapan, aku ke 7E cari ais dengan air minum atas bot nanti, sementara tu Ayie and the geng terus gi tapau nasik kari pari. Best nasik ni di makan kat pulau.. tapi klu silap hari.. boleh keluar balik pari tu ke laut.. peace!

Rafi jadi botman pilihan trip kali ni..

Macam biasa, spot pertama ialah pulau Agas.. dan seterusnya pulau-pulau berdekatan... ada beberapa strike kat pulau Nipis. Naik sekor talang,, Kemudian kami ke Batu Hitam dan seterusnya Batu Putih. Strike pagi ni memang kurang.. kat Batu Putih ni biasanya petang baru mencakup.. so dah nak pukul 2 petang, Sekali lagi perut six pack aku mintak makanan. Pulau pilihan sudah tentunya pulau Lalang yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kedai masas tak de ye.. sorry,,


Lawan bang.. 


Mandi laut?? sorry.. aku tak suka sebab nanti itam..

Muka bangun tido terus main buai..

Geng Utdoor nii... gambar gunung lepak laut boleh eh? oooo... nak rehat-rehat kot sebelum mendaki... ok ok..

Batu!

Sembilan buah pulau yang membentuk pulau Sembilan.. takkan 10 plakk

Nak kata babi.. hidung dia mancung... mungkin kambing,,, abang parang je yang boleh jawab soalan ni..

Buai

Brader ni try cari ikan pakai tombak... sian lapo.. makanan da abis eh?

Meriah Pulau Lalang ni.. lagi-lagi hujung minggu..

Nampak tenang je ... tunggu lah petang kang tengok cane.

Nice kan? tu lah.. aku ajak ko tanak ikut..

Kerang



Banyaknya buai.. mesti bawang putih suka



Ni bukan tandas... tandas kat sana... mungkin ramai dah tersilap masuk bilik ni kot..

Buluh dan akarnya sekali hanyut membawa diri ke Pulau Sembilan... kecewa agaknya..

Orang tido aku gi amik gambar sapa suruh.. kan dah nantuk,,

 Sesi petang bermula pukul 4, ikut hati kul 5 baru nak bangun tido.. Angin dah mula kuat. Ombak pun boleh tahan.. Rafi terus bawak pergi port sotong dulu.. layan sotong di air tenang dulu sebelum layan ombak..

Port sotong .. memang banyak sotong mengabang kat sini...

aku memang suka amik gambar kasut.. 

Lepas puas main sotong kami terus pegi pulau batu putih, cam biasa lah.. petang-petang ni kalau tak cencaru yang frenzy, banang pun ramai tengah tunggu. Bukan main seksa nak sampai ke P.B.P ni.. ombak kuat.. bot melantun-lantun... bontot tak banyak daging.. memang dok berlaga lah dengan tulang ..
Sampai kat Batu Putih mula lah jiggging. sekejap je bot hanyut... sekali pusing boleh lah turun jig dalam 2-3 kali.. tapi yang best mesti ada yg strike.. Ada plak budak mabuk tu bangun-bangun terus capai pancing naik pulak ikan paling besar.. Sagai 5.14kg yang tarik pancing macam sangkut kat karang.. demm.. memang besar sagai tu... pas tu dia sambung muntah.. tido balik... sakit ati kan?? hehehe...
Aku plak gi gatal turun micro jig di kala ikan besar tengah makan terus kena sekor tapi layan-layan dia tak mo naik.. gila pe pakai 2-6 nak kasi naik. ke aku tak pandai pancing.. entahlah...sampai lenguh dah tangan aku... last-last main line pun putus... alhamdullilah... abis dah seksa aku... orang kata kalau putus tu kompom besar... aku rasa mungkin sagai 10.23kg yang makan dari segi perlawanan kotor dia yang tak mo naik ke permukaan... petang tu memang best... kalau tau cam ni... baik naik bot kat jeti kul 5 petang... jigging sampai kul 730 cukup...

Mandikan pancing dulu,.. aku tak mandi pun takpe.. sebab memang dah wangi,,

 Lepas mancing perut yang six pack ni mintak makan lagi... kali ni dia mintak makan yang bukan-bukan pulak.. biasa la.. dah penat kompom lapar tahap crazy pig punya... So kedai cina kat kampung Cina Setiawan meme menjadi pilihan... senang... cepat.. sedap.. layan makan sampai pengsan,,,

ekor je... tu pun tak abis 5 orang makan.. siap bagi kucing jalanan makan sagai fresh lagi..

Kangkung belacan kegemaran pakcik...

Teh cina dlm cawan carlsberg.. harap-harap tak mabuk lah yea.. eh dosa tak?

Sotong mengabang goreng tepung... aduii sedap,,,

Lepas makan dengan kenyang sekali... terus balik hotel tido... (hotel lah sangat) .. esok aku kena mancing lagi... arghhh kena bangun awal...

Tuesday, 6 November 2012

Gunung Suku, Perak

Tarikh : 3 november 2012

 Koordinat parking kereta - N04.55522 E101.32335
Koordinat puncak - N04.54264 E101.33379
Tinggi puncak - 5955kaki

3:00am - Bertolak dari Subang
5:30am - Breakfast kat Simpang Pulai
6:30am - Bertolak ke kaki Gunung Suku
7:30am - Sesat sampai ke Cameron
 9:00am - Baru jumpa tempat parking kereta sebelum mendaki.
9:15am - Start memanjat
11:30am - Sampai kat anak sungai sebelum puncak
1:00pm - Sampai puncak
2:15pm - Bertolak turun
5:00pm - Sampai ke parking


Pagi tu selepas balik dari zoo aku terus tido sebab nak bangun pukul 2am dan bertolak ke Simpang Pulai. Lepas sarapan terus bertolak menuju ke kaki Gunung Suku walaupun sebenarnya tak tau pun kat mana tempat tu. Am kata senang je... tepi jalan sebelah kanan dari Simpang Pulai akan ternampak kawasan lapang boleh park kereta kat situ.. tapi malang nya kami terlepas pandang dan  maka itu terlajak lah sampai ke kg. Raja kat Cameron nun.. nak isi minyak paling dekat kat Brincang..tapi setelah bertanya kepada penduduk setempat dapat lah kami membeli minyak dalam botol mineral di tokong cina yang berharga rm4 sebotol. Bolehlah top up nak cari tempat tadi semula...

Kalau dari Simpang Pulai, tempat ni sebelah kanan.. 32.3km dari tol Simpang Pulai



Tak penat punn ...

Trek senang nak cam, menaik je sepanjang perjalanan.. semput woii
Senang je nak nampak trek untuk ke Suku, lepas parking sila cari trek di sebelah kanan. Mesti nampak lorong dan boleh la mula mendaki. Ada pendaki sebelum ni ada menanda cat merah pada pokok, so boleh lah follow je. Sebagai langkah keselamatan, kami juga ada mengikat reben setiap 50m perjalanan.. lebih kurang.. so kalau ada nampak reben oren tu.. ikut yang tu pun boleh jugak.

Kawasan lapang yang boleh dijadikan tempat berehat seketika.. sampai sini pun dah pancit dah..
Trek agak licin dan menegak.. nasib baik tak hujan.. kalau  tak memang lagi lambatlah nak sampai. Tak nampak pacat pun kat sini walaupun tanah lembab..
Nampak puncak dari sini.. lepas ni menurun.. dan naik lagi..
 Kat sini boleh top up air kalau stok dah abis.. lepas melintas anak air ni, trek terus menegak lagi.
Ada punca air terakhir sebelum membuat pecutan terakhir ke puncak

Periuk kera..

Bila dah nampak macam ni.. maknanya dah nak dekat nak sampai lah...

Jalan seterusnya menuju ke tempat gelap tu... berani?

Kawasan ni berlumut lembab.. kalau tak bawak cukup air boleh perah lumut tu..
Kami mengambil masa masa 3jam 45 untuk sampai ke puncak Suku.. Puncak ni taklah lapang sangat, setakat nak pasang khemah 4 biji boleh lagi kot. Dari puncak boleh nampak gunung-gunung lain, tapi masa kami sampai kabus dah mula banyak dan pemandangan agak terhad.. nak cakap puncak gunung apa pun tak pandai.. View di puncak menarik... boleh tengok sekeliling.. kiri kanan depan belakang...
Pemandangan dari puncak Suku

Ada gunung-gunung lain berdekatan

5955 kaki = 181508.4cm

Puncak Gunung Irau.. dekat je tu.. jom!

Pulut Hatyai, Belanak Masin Teluk Intan...

Boleh nampak jalan kat bawah sana..
Lepas makan, rehat sekejap, amik gambar, update FB, kami terus turun sebab hari macam dah nak hujan. Nasib baik tak hujan, sebab kalau hujan mungkin lagi susah nak turun dari nak naik. Turun mengambil masa 2jam 45 minit dan kami terus ke Cameron Highland sebab aku dah gian nak teh tarik.
Rumput ke ulam?



Sambung treking kat kebun teh pulak...

Rumah Tea.. Boleh minum tea kat sini.. kek pisang pun ada jual.. yahuuu...