Thursday 29 November 2012

Makan-makan ikut selera aku..

Malaysia memang banyak makanan.. tapi tak semua best.. nak yang best kena pandai cari tempat.. cari tempat yang ikut selera masing-masing.. tak semua tempat aku suka.. kau suka... kau suka .. aku suka.. lain lah tekak bangla.. semua sosah.. so ni antara yang aku suka makan.. banyak lagi..



Sotong Goreng Tepung + kari kambing , Taman Wahyu.. kalau aku sorang-sorang dan tak tau nak makan kat mana. ha sini lah aku bawak diri.. kari dia memang best.. kedai cina.. bulan pose pun sedap makan kat sini.. kan apip kan..

Ini sarapan kat Sri Manjung sebelum ke pulau Sembilan. Makanan faveret aku lempeng kelapa bakar. tiada dalam gambar.. sebab dah ada dalam perut

Sotong Mengabang goreng tepung kampung cina setiawan, Lepas pancing mesti pergi sini.. tak kira lah dapat ikan ke tak.

Kampung Cina lagi, cencaru kuda masak kari, lala, kickapoo.. botol kecik yang sebelah air apip tu .. air kasi kuat.. kan pip?

Cencaru ni memang tak ada kat pasar.. kalau ada buat apa susah-suah gi pancing maa...

Ais kerim conekto.. rasa nya ni kat kedai kepong... kat sini boleh dapat ais kerim free kalau pergi dengan aku.. abang besat maaaa,.,

Sapa kata aku tak suka sushi.. asal made in Japan mesti suka punya... tak kira lah semak ke tak..

aku lupa dah apa nama dia ni.. ikakko kot?

yang ni nama dia nasik campur cendawan ciput..

Ketam kam heong dan ketam masak lendir.. dua-dua sedap.. lokasi.. asia cafe subang jaya ss15

biskut? sedap jugak petang-petang cicah kopi..

Yang ni tak de kat kedai. masak sendiri. cencaru kuda masak berlada resepi mak lee tomato. ramuannya cili api... bawang besar,, blender kan.. pastu tumis.. campurkan dengan ikan goreng .. mudah dan simple.

ni mamak penang ori tapi ada kat glemarie.. try cari kat area-area bengkel.. beratur kalau tengah hari.. sedap? entah la.. klu lapar sedap kot.

Belanak masin teluk intan, kalau berminat boleh order dengan AM. rm 10 sekilo.. kalau beli kat pasaraya 8 ekor rm6.90.

Air ni sedap sebab leh refill dan minum sampai kembung. heaven on earth. nama tak ingat.. sebenarnya teh o asi limau jekkk... tapi aku suka lahhh

yang ni rib kambing rosemary JM beriani, kat-kat opis aku ada dua kedai ni.. satu kat kelana jaya belakang giant, satu lagi kat ss14 Subang Jaya

Kat mana ni ek?? kat Glemarie jugak kot.

Kambing panggang.. wahhh ni paling aku suka.. setahun sekali je dapat makan natang ni.. tu pun kat kenyir..

Pulut, sambal tumis, belanak masin.. makanan paling best kalau panjat gunung.. kenyang sampai ke petang..

Kek pisang.. kasut salomon yerr?? banyak cantik muka ko ayoi... tq lah apa-apa pun.. sapa tak suka kek kan? macam aku paling suka kek pisang..

makan satey sampai boncit, ada yang bersumpah tanak makan satey selama setahun lepas melantak. Ni kat dalam hutan ni.. mana nak cari satey dalam hutan...

Kalau jumpa kedai ni aku mesti singgah samada tengah lapar atau pun tak.. beli tak banyak pun... satu dua cukup lah.. en Parang pun suka big apple kan??

Lauk orang bujang,, yang ni sumpah aku yang masak... hahahaha.. potai potai...

Best nak mampus ais kerim ni.. biasa la orang kampung mana pernah makan ais kerim mahal.. tu yang aku gayat sikit tu...

aku memang tak suka laksa... sorry... tapi yang ni aku makan sampai abis sebab lapor... akibatnya.. cirit birit.. bukan salah ko parang... salah perut aku mengandungkan dia... 

Asam pedas Muar, kedainya di PJ state, food court depan balai polis. lambat abis lah... ni pun nasib je dapat ekor tenggiri.. gi sini jangan lupa order air kedondong ... yummy woo..

Telur separuh masak.. pas makan ni kompom cari jamban la kan..

Strawberry cokelat... Siti Nurhaliza suka yang ni ke?? ke lain?

Manhattan fish Market, ni 1st time aku makan.. terpaksa call apip sebab tak tau nak order apo... gayat lagi sekali aku.,

Beriani Gam JM briani house. melekat-lekat kat anak tekak.,, sebab tu di panggil sebegitu
Ketam kam heong ss15, jom parang aku banjer.. kat sini sekilo rm 45, tapi kalau aku pergi aku mintak kurang rm 40 je.. cakap la ,, saya miskin bang.. tapi perut saya ni nak makan yang sedap je..

amik kau licin... abis kaki tangan ketam tu kena sedut sampai tawar... meninggall
Dalam tong tu lah ketam tu dibawa dari sabah.. stacy suka ketam tak??
Soya ni pun aku suka gak.. sebab boleh memutih kan kulit.. mak suka nokkk
fuh.. yang ni terbaik... nasi putih.. ayam masak merah,, telor dadar cili api.. kari gulai kawan... ni kedai orang palong ni... meh support... kedai dia kat taman melati.. kalau cari tak jumpa .. call aku.. kalau awek nak call ... pliss pm ok.
pakcik ni tau banyak tempat makan kat KL ni.. PM dia pun boleh... ari ni dia makan roti je.. biaso lah dah tak do gigi...

Banyak lagi tempat makan best.. nanti lah kot rajin aku amik la gambar.. biasa kalau tengah lapar.. jangan cakap nak amik gambar.. nak baca bismillah pun lupa... tetau dah licin...

Berhujung minggu di Tasik AMpang

Minggu ni PEMM telah mengadakan satu Program konservasi mengeluarkan toman di Tasik Ampang dan juga mengadakan klinik memancing bersama SMK Sri Kembangan. Satu aktiviti yang saya mesti pilih!
Aku menggantikan pass Amzari kerana beliau terkunci di dalam biliknya... kesian

Program bermula jam 7am sehingga 1 petang. Mendapat sambutan dari ramai kaki casting yang bersama-sama berusaha mengeluarkan toman dari Tasik Ampang ini. Hari biasa kalau pancing kat sini memang cari nahas.. kena saman sendiri bayar yea..

Sebelum pancing kena bayar permit dulu, rm20. Lepas tu boleh cast sampai lebam

Never Give up di mana-mana
Aiman yang tak kisah sangat ..
Layan ikan ni lagi syok.. 
Air tasik agak kotor time ni.. sebab tu toman tak makan kot... abis semua kung fu budak ni dah keluarkan..
orang palong memang handa.... caboottt
Ini lah ikan puyu tuan-tuan dan puan-puan ye..
Sepenjang penjemuran hari ni memang tak de pun toman yang berjaya aku@kami naikkan.. naik angin ada lah.. sebab penat dah casting .. sekor pun takde.. mana kau pergi toman oiii... harap buat lagi aktiviti cam ni.. mungkin lain hari toman bukak mulut.. baru ada ngam.. kann.. Kami sentiasa menyokong aktiviti sihat cam ni.. ikan tak ada tu cerita lain.. yang penting dapat casting sambil jeling-jeling orang jogging.. kan itu lebih bermakna... lalala

Lepas jadi penunggu sampai ke tengahari.. baru aku perasan tak da orang dah kat tasik ni.. semua dah cabut balik rumah tido dalam econ barangkali.. chesss.. So aku pun macam biasa .. akan cari tempat makan.. aku kan suka makan.. sebab tu perut aku macam perut EPI.. six pack..

Teppanyaki OU .. faveret nih... tapi sorry lah.. memang aku tak reti pakai chop stick walaupun aku mix china dan kerja company cina..



Pernah tak lepas makan rasa masih lapar... tu maknanya tak baca bismillah la dol... so aku lapar lagi.. cari donat pulak...

Yummy kan??
Berakhirlah kisah duka aku di hujung minggu lepas... asalnya nak panjat PTH tapi terpaksa dibatalkan atas alasan .. malas.

Monday 19 November 2012

Setiawan - Lumut day 2

Hari kedua pulak trip aku bersambung kat sungai Setiawan. Berpusing-pusing cari kampung Baru... sesat sampai ke kampung apa tah aku pusing.. padahal senang je... Lain sangat dah manjung lepas 18 tahun aku tinggalkan Manjung.. Hasnah Tomyam pun dah tak macam dulu... tiada lagi laser dics ditayangkan... Sri Manjung agak mati selepas Itm sana pindah...
Lepas penat mencari, aku sampai jugak kat kampung Baru tu.. kampung yang agak terpencil.. hujung jalan terus jeti.. ada gak calet-calet kat situ tapi agak scary.. woooo woooo... keras kot tempat ni.... wooo wooo...

Di larang menjala kat sini... makan roti jala boleh?
Suzuki 2.2! gila ko redah muara pakai 2.2... ingat kelang gate ke...
Jambatan Raja Permaisuri Bainun... aku pernah dengar nama jambatan ni lama dah... la ni baru dapat tengok dari dekat.. 

Selepas mengilat kat port kapal karam, tepi kelong, tepi segala tepi... tapi tak de sebarang strike... aku try plak trolling... nak rempit tak bleh.. so troling lah tengah-tengah panas ni.. mana tau ada yang sudi... sepanjang troling adalah sekor yang sambar .. melompat dan terlepas... malang kan? tak pe lah aku troling lagi terus sampai jeti rehat jap... panas tahap cairkan kepala otak dah,,

Jeti kat kampung Baru, air tengah kering... so lebih baik aku merehatkan diri dari kehitaman...

tak dapat panjat gunung... aku panjat pokok pun jadi lah,,

calet ni macam tinggal je.. mungkin kak limah tak balik rumah lagi kot..                  


 Aku tak give up ok! tapi ikan tanak makan.. so aku pun ambil keputusan pergi cari ikan kat pasar macam orang selalu sebut tu... memang betul.. kat pasar banyak ikan.. yang bezanya kat tempat ni aku tgk ikan semua dah kering... sian ko..

Sekilo rm30! ha sapa suruh CNR talang .. kan dah menyesall

WAh... ari ni ramai cikgu datang.. masa untuk mencari jodohh...

Asal mata biru je mesti mahal... macam sabun la plak...

Macam-macam ada kat kedai ni.. semua barang dari laut...

Nampak tu cikgu tengah soping... pakai polorized lebih selamat kalau nak ushar-ushar.. 

Lepas abis beli barang kat sini perut lapar la pulak... nak makan tak tau kat mana ada kedai makan yang sedap-sedap.. so aku cari tempat makan yang ada econ.. cepat siap.. dan boleh lepak lama tak de orang nak halau... KFC!

Sedapnya duduk dalam econ... 

Lepas makan... rehat.. sejukkan badan. Aku ronda pulak kat kedai-kedai area lumut ni. (ko gi kerja ke gi berjalan woiiii ) .. ala... Alang-alang dah sampai kan... tak ronda kang berdosa lak... Menarik gak kat sini.. banyak jual cenderahati, baju-baju, topi bla bla bla... semua ada...

Bazar kat belakang tu lah aku nak ronda..

Baju ni sesuai untuk orang sangap..

comot la kau..

Skodeng kasut..!!

Panas-panas dapat ABC memang best... tapi ABC ni tak leh lawan ko punya ABC lah epi..

nyum nyummm

i jump.. u nak jump tak?

Jem plak kat tanjung karang..
Pas tak de apa dah nak buat.. aku terus gerak balik kl. sekali jem plak kat tanjung karang.. agaknya ramai balik dari cuti depavalli kot..nak wat cane.. redah je lah.. penat tau drive jem jem ni... sebab tu aku tak gi kerja ari isnin... sorry bos.. tak sengaja... lagi pun pagi-pagi dah hujan.. Lagi lah sedap tidoo...