Monday, 18 November 2013

Trip berganda Air Ganda - Kuala Terong

Lama dah tak melawat Pak Usop, setahun lebih ada kot. Last sekali dengan Amzari.. kali ni pun dengan Amzari. Saje je nak test main toman tengok cane ok lagi ke tak.

Pak usop masih tetap sama.. muda dan bergaye.. macam budak subang jaye
Am.. Anep kutuk buff ko.. hehehe
Gunnish 'hasu', antara gewang tersohor kat sana.. 
Bawak rod sebatang je sekarang ni..tak pening kepala
Nasib baik tak makan nasik lemak dalam hujan.. kalau tak dah kena bagi tajuk november rain
Beliau memang pernah jadi budak subang jaya, cuma seluar je masih diadora
Lepas lunch hujan turun dengan lebat sekali. Kami terpaksa tidur sampai pukul 3 petang dan kemudian menyambung tidur lagi sampai pukul 5.30. Dah macam kat pulau lalang rasanya.. ikan masih belum dapat  oii..

Petang nak balik barulah dapat toman. Jadilah nak
Selepas mencari toman di Air Ganda kami kemudiannya ke Taiping untuk selolap di sana dan akan ke Kuala Terong keesokkan harinya.. Punya lah pusing satu Taiping cari hotel, dari yg mahal dari lah yang murah.. semua full house dan akhirnya berjaya tido di rumah hantu hotel Peking yang.. yangg.. arghhh tu je lah sekali tido sana.. bintat-bintat badan kena pijat.
Jeti Kuala Terong

Ramai tul naik bot ni, 17 orang rasanya.

HUtan bakau yang indah dan beragas. tapi tak leh lawan pijat hotel peking!
gua panjat pokok tau nak ambik gambar ni
bersemut pulak tu.. demi masyarakat!
Cikgu Abu lah yang mempelawa saya ke Terong kali ini.. TQ cikgu.. bila nak repeat?
Layan bulan dengan spin fly, yamaga patah tu memang best gile @#@$@!##@$
Bersepah-sepah bulan di sana
spin fly kaler putih, ada kilat-kilat sket.. merah-merah sikit 
Time cam ni la dia selalu lepas
cari MJ pulak lah.... eh eh.. perut cover sikit AM
ni lah Tiram sungai Tiram
Manis dia cakap.. aku tak try pun
Dapat pun MJ dengan kaedah troling
Sebelah matanya cacat tetapi masih mampun menyambar gewang gengan tepat. Xrap deep kesanyanngan am yang semakin dilupakan.
ABis dah trip berganda. Walaupun kurang tetapi hati puas. Belakang pulak naik bintat-bintat ..

Friday, 25 October 2013

Casting GT Pulau Langkawi

Lokasi : Pulau Langkawi
Tekong : zuBEk (Zubir) - 0195059258

Kalau pergi Langkawi dan dah puas shopping, bolehlah test casting pulak kat pulau-pulau di sekitarnya. Di sana banyak ikan-ikan yang boleh di casting dan juga jigging (micro jigging). Kalau bernasib baik boleh naik GT yang besar-besar tapi pastikan set mengilat yang bersesuaian digunakan, kalau tak, memang masuk karang le yoep.

Jeti berhampiran Awana Porto Malai. Naik bot kat sini, lepas tu gi pancing dekat pulau-pulau depan sana.. dekat je

Ni dia bot casting di Langkawi, Jaga-jaga, kalau GT kerbau tarik boleh terjun
Awana Porto Malai
Samseng Langkawi
Samseng taik kucing
woaaa... Gt pertama
Du0 Realis Jerkbait 120SP kaler syaiton 
Beachwalker fan! 
Red Head!
MIcro jig pun boleh dicuba

Panas dah ni.. jom balik! sambung petang pulak
Kalau cakap kedah beli air kat sini harga murah sikit
Langkawi sering menjadi tempat persingahan kapal kecil dan kapal besar ... dan kapal layar
Cara nak jigging kat sini senang sahaja, unjun macam main yo yo. 
Double hook-up baby GT 
Main GT tiang jeti.. eh macam pantun
Macam-macam spesies ada bawah tiang ni
Lauk kita malam ni!
Kan dah jadi lauk
2nd day. Nak cari bapak GT
Duo Realis JErkbait Lagi
dan lagi
eh.. lagi... 
alamak.. sekor lagi tendang pulakk
Tetiba dah naik kabel car.. time rehat sempat lagi mengular ke sini
Gua sikit pun tak takut lah broo
Senang betul panjang gunung ni.. 
Dah sedap jalan makin malas nak sambung mancing
no komen.. sejarah fail.
Seterusnya pergi jalan-jalan sahaja... Puas dah mancing