Jeti di
kampung Sri ganda yang merupakan Projek Pembangunan Negeri Peruntukkan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. |
Kos memancing Black Bass di luar
negara yang tinggi menyebabkan ramai yang hanya meleleh air liur apabila
melihat pertarungannya di media sosial. Sebagai alternatif ramai yang telah ke
Kalimantan atau pun Sabah yang mana kos memancing di sana jauh lebih murah dan
masih tetap membuahkan hasil yang lumayan.
Trip ke Sri Ganda ini merupakan trip yang ditunggu-tunggu setelah membuat persedian yang lengkap dan terbaik bagi mengelakkan kegagalan melawan kekuatan Black Bass atau pun dipanggil "Kanai" di Sabah.
Bot
yang kami gunakan untuk menduga lubuk-lubuk di Sri Ganda |
Tali
utama 40lb ke atas disarankan dan perambut kejutan haruslah tahan geseran dan cukup kuat. Saya telah memilih menggunakan tali Braidmaster
40lb dan perambut 60lb fluorocarbon yang lebih tebal diameternya.
Untuk joran pula,
joran berkekuatan 15-30lb yang keras supaya ia
cukup ampuh menahan larian Kanai yang sering masuk ke dalam reba. Kekili yang mempunyai drag 6kg ke atas di sarankan dan seeloknya memilih kekili yang tidak terlalu besar
kerana ia dapat mengurangkan keletihan kerana harus melontar gewang sepanjang hari.
Siakap
Merah yang mendiami reba yang cetek. |
Soft
Plastic untuk memujuk Kanai namun Siakap Merah pula yang menyambar dahulu. |
Trip Bermula
Trip
bermula seawall6 pagi dan setiap bot akan membawa 2 orang pemancing
dan berpecah menuju spot-spot pilihan boatman masing-masing.
Perjalanan ke spot Kanai mengambil
masa lebih kurang 1 jam lamanya dari jeti. Untuk mengelakkan rasa bosan, boatman biasanya akan singgah di beberapa buah sungai kecil untuk menduga Mangrove
Jack (MJ) terlebih dahulu sebagai pemanas badan.
Kanai yang diidamkan akhirnya berjaya dinaikkan di saat akhir.
|
Kanai banyak membuat serangan di pangkal-pangkal Nipah dan reba-reba kayu yang berada berhampiran tebing. Jadi adalah disarankan untuk melontar gewang serapat yang mungkin dengan reba.
Teknik karauan
Untuk
menarik perhatian Kanai, kami menggunakan gewang berwarna terang bersaiz 9-12cm
panjang. Gewang selaman dalam digunakan kerana lubuk-lubuk Kanai di sana
semuanya dalam-dalam belaka. Gewang yang mampu menyelam dari 6 hingga 8 meter
adalah yang paling sesuai digunakan.
Warna gewang memainkan peranan utama membuka selera Kanai.
|
Gewang selaman dalam ini akan dikarau
sebaik sahaja ia sampai berhampiran tebing. Karauan pula adalah secara perlahan
sahaja tetapi perlu dipastikan ia tetap berenang dengan cantik. Gewang yang
dikarau terlalu laju biasanya kurang mendapat sambaran Kanai kerana ia banyak
berdiam diri sahaja di dalam reba. Jadi karauan yang lebih perlahan memberi ia
masa untuk membuat serangan.
Setelah beberapa post mortem dibuat
kami membuat kesimpulan bahawa mungkin Kanai pada kedatangan kami kali ini
banyak bermain di kawasan berbatu tengah sungai berbanding reba di sebelah
tebing. Kadie yang menaikkan 3 ekor Kanai semuanya di kawasan berbatu dengan
menggunakan gewang berwarna hijau terang. Segala setup diperiksa sekali lagi bagi mengelakkan berputih mata
pada saat-saat akhir. Lokasi juga telah dikenal pasti dan ia akan menjadi
sasaran kami pada keesokkan harinya.
Ikan yang kuat menekan ini saiznya kecil sahaja. |
Kanai yang dinaikkan Aidy menyambar gewangnya berhampiran bot.
|
Arus ketika itu sangat perlahan atau pun seolah-olah mati, menyebabkan ikan kurang aktif pada sebelah pagi. Kami mengilat hampir 2 jam di sana namun masih tiada sambaran diperolehi. Amran kemudian membawa kami kembali bermain di reba dan pangkal Nipah untuk mencuba kalau-kalau lain pula tabiat Kanai pada hari itu.
Kami
ke Sungai Semuyu dan mula berhanyut sambil mengilat di setiap sudut. Bila tiada
sambaran, Amran segera menukar spot dan bertukar lagi sehinggalah ke
waktu tengahari. Jam menunjukkan pukul 3 petang dan kami masih mempunyai baki 2
jam sahaja untuk memancing di sana. Kali ini Amran membawa kami ke Batu Mindara
yang telah pun timbul kerana air sudah surut.
Warna gewang hampir hilang tetapi masih mampu memikat Kanai.
|
Kanai pertama Yan yang dinaikkan di kawasan berbatu di tengah sungai. |
Dilokasi
terakhir seekor Kanai telah berjaya dinaikkan dengan menggunakan gewang Rapala Taildancer TDD9. Sambaran pertama tersebut terus ditekan kuat
dan langsung tidak diberi peluang untuk ikan tersebut melarikan diri ke
arah batu.
Ikan terakhit dinaikkan sebelum kami pulang. |
Kanai yang besar biasanya kuat menekan ke dasar untuk meloloskan diri dengan menggeselkan tali perambut ke batu, tetapi yang ini berjaya ditahan asakkannya. |
Boatman
mengarahkan untuk melontar gewang ke kawasan yang agak jauh sedikit dari batu
iaitu di tempat yang lebih dalam. Menurutnya ikan di kawasan dalam lebih besar
saiznya. Hampir 15 minit melontar di kawasan tersebut, TomX menerima sambaran
yang kuat sekali. Joran Titans Custom Works 15-30lb beliau yang keras
nampaknya melengkung kerana asakan tersebut. Kekili Abu Inshore dan tali Braidmaster
60lb yang digunakan beliau berkerja keras sebelum ikan tersebut berada di
kawasan yang lebih selamat dan akhirnya dia berjaya menaikkan Kanai terbesar
pada trip ini!
Abu Garcia Inshore yang digabungkan dengan joran Titans Custom Works dan menggunakan tali Braidmaster 60lb. |
Kanai di sungai kecil lebih sukar dinaikkan kerana banyak reba. |
Batu timbul di belakang sana merupakan spot yang paling banyak kanai dinaikkan pada trip ini. |
Untuk
menduga Kanai di Sri Ganda, persedian yang lengkap penting untuk berlawan
dengan ikan yang besar dan bertenaga, Dengan bantuan boatman-boatman yang berpengalaman pula sudah pasti impian pemancing
untuk menaikkan ikan idaman akan menjadi kenyataan.