Tuesday 17 May 2011

Test Rod di TU

TU bukanlah bermaksud Tayangan Unggul tapi ia adalah nama rumah api yang terletak di Johor yang bermakna Tompok Utara. Untuk ke sana kami perlu ke Bandar Penawar terlebih dahulu sebelum menaiki bot di Tanjung Lompat. Boatman yang dipilih sudah semestinya En Badol yang sangat arif dengan ikan-ikan di sana. Beliau juga adalah kaki jigging dimana lebih memahami kehendak pemancing yang meminati kaedah tersebut.
Saya ke sana atas tujuan untuk menguji kekuatan joran Venom Viper II dan Venom Viper Hybrid samaada boleh mengekang kekuatan Talang yang dikatakan lebih POWER berbanding talang di tempat lain. Selain itu jika bernasib baik kemungkinan spesis lain seperti haruan tasik, ebek, tongkol, jemuduk malah jenahak bakal membedal jig yang diunjun.
Untuk perkhimatan bot ke TU, boleh hubungi EPI - 0127094927

Viper Venom Hybrid 2 piece

Venom Viper II


1 comment:

  1. bagaimana menurut sodara, apakah viper venom II cukup nyaman dan tangguh dipakai? mungkin bisa tolong direview mengenai joran ini kerana banyak pula yang menanyakan tentang ini joran, salam mancing mania mantap

    ReplyDelete