Wednesday 12 December 2012

Pine Tree Hill Freaser Hill





DAte : 11 Dec 2012
Location : Pine Tree Hill, Bukit Freaser, Raub Pahang

Pine Tree Hill berketinggian 4800 kaki menjadi pilihan kami pada minggu ini. Kami bertolak dari KL pukul 12 tengah malam ikut jalan Bukit Beruntung-Kuala Kubu Baru. Dari KKB tu jalan mula melingkor-lingkor dan gelap gulita. kot sorang-sorang memang 'tak' la nak lalu jalan ni. Kang ada pulak maya karin nak tumpang..
2 jam lebih perjalanan sahaja.. tak jauh pun.. lepas sampai tu lepak kat depan klinik kesihatan Freaser Hill sampai pagi kedai makan bukak..
Kat mana nak makan?? Sebelah KLinik tu ada food court, dalam pukul 7 baru bukak. kalau awal kena lah tunggu.


Jual nasik lemak pun ada blog.. mesti ada sesuatu yang menarik ni



Sebelum makan aku dah tau dah nasik lemak ni sodap. Nasik lemak paling sedap pernah makan sepanjang tahun 2012 nih.. harga rm 2

Nasik lemak kak Miza sedap lah..
OK. makan dah selosai.. tiba masanya nak mendaki pulak. Starting point PTH ni senang aje. cari bunglow TM jalan depan lagi sikit maka nampaklah pintu gerbang PTH trail.

Starting point

Kasut baru beli malam tadi.. berkilat!
Kasut kesayangan :p
Trek bermula dengan menuruni tangga, seronok je rasa.. balik kang mendapat la ko.. jalannya pun luas, terang dan jelas. Boleh jalan-jalan sambil amik-amik gambo. dengar2 lagu.. bersiul.. ye lah.. belum penat kan.. oh ye.. trek sejauh 5km++ untuk sampai ke PTH dan tambah lagi sekilo untuk ke twin peak.. sapa yang gi PTH tak gi twin peak memang nak kena booo lah... Total perjalanan 12 km lebih..


Tangga yang seronok dituruni tetapi tidak semasa menaikinya...
Tengok tu.. rilek je.. tangan masuk poket lagi.. 
Baru 900m, ada penunjuk jarak yang dapat membakar semangat.. ceh cehh
Trek PTH ni adalah sempadan selangor dan pahang. so kejap ko kat pahang sekejap ko kat selangor.. 
Spider
Buluh
Masih jauh woii

Naik tangga yang aku lemah ni...
Tempat ni paling bahaya, so kena hati-hati. kalau jatuh memang patah rusuk kiri. atas sikit dah sampai dah puncak PTH


Nampak Freaser Hill dari jauh dan mula rasa menyesal..

Awan pembawa hujan dah nak sampai...
4829 kaki
Kejap lagi hujan siap ko..
jangan nak poyo sangat!!
 Sekejap je kami duduk kat PTH ni. Lepas tu teruskan perjalanan ke Twin Peak pulak. Perjalanan tak jauh sangat, menurun dan menurun.. Lepas tu panjat balik. Jalan agak sedikit mengelirukan dan horror tapi masih ok dan tak sesat kalau berhati-hati. Kena pulak hari gelap nak hujan.. rasa cam nak patah balik je.. sib baik darah pendekar kundur.. On the way tu hujan lebat turun maka tak dapatlah kami bergambar di Twin Peak. View kat situ sepatutnya cantik tapi tak nampak apa-apa sebab hujan. Pukul 2 turun balik ke PTH dan terus menapak ke starting point
Tadi seronok turun tangga, time balik ni kono lah panjat balik.. meninggelll...

Kesimpulan PTH ni sangat seronok didaki kerana sangat teduh dan lembab. Sesuai untuk mereka yang baru 1st time nak tengok pacat. Banyak gambar boleh ambik kalau kaki photographer.. Kalau bawak gadis-gadis pun mesti mereka suka dan akan menjerit-jerit mintak tolong kalau kena gigit pacat.. i like! Tak sun burn dan menghitamkan kulit. 
Lepas turun apa lagi.. cari sesuap nasik lah.. lapo ni..."badan penat hati puas".

Comot



































2 comments:

  1. cantik kasut ni...adakah ini kasut masuk ke hutan? cantik

    ReplyDelete
  2. TEBING TINGGI BACKPACK
    MOUNT GUIDE SERVICE
    ALL OVER FREASER HILL
    ANDY 017-9997790

    ReplyDelete