Pengenalan
Sebelum ini Daiwa telah mengeluarkan beberapa siri kekili
baitcaster Type R seperti Alphas, Zillion dan PX68 (Pixy) dengan membuat
beberapa perubahan pada model asal. Kini Daiwa kembali dengan Type- R yang
lebih ekonomi dan sistem yang lebih baru iaitu dengan menghasilkan Tatula
Type-R. Sistem TWS ( T-wing System) telah diperbaharui dari segi fungsinya berbanding
Daiwa T3 sebelum ini untuk memastikan lontaran gewang akan lebih jauh.
Daiwa mengeluarkan Tatula Type-R dengan dua kelajuan berbeza untuk penggunaan gewang yang lebih spesifik. |
Penampilan
Daiwa Tatula Type-R mempunya warna hitam yang agak menarik
dan lebih mudah dipadankan dengan apa juga joran. Dengan kemasan warna merah
pada ‘spool tension control knob’ dan spool menambahkan lagi seri Tatula yang
sesuai dengan gelaran Type- R yang diberikan. Logo Type-R itu sendiri sudah pastinya menarik
perhatian pemancing. Menggunakan swept handle 90mm dan knob yang lebih besar
untuk pegangan yang lebih kemas semasa mengarau. Frame dan side plate Daiwa
Tatula Type-R ini diperbuat daripada aluminium bagi mengurangkan jumlah berat
keseluruhannya.
Perbezaan Daiwa Tatula Type R. (kanan ialah Daiwa Tatula untuk pasaran japan (JDM)) |
Sistem bukaan TWS (T-Wing System) . Sebelum menekan ‘release button’ |
Apabila ‘release button’ ditekan dan bersedia untuk melontar. Bukaan yang lebih luas pada ‘line guide’ membolehkan lontaran yang lebih jauh dilakukan. |
Ciri-ciri
-
Menggunakan sistem TWS yang melancarkan
pengeluaran tali semasa lontaran.
-
Drag karbon U.T.D ( Ultimate Tournament Drag)
menghasilkan kuasa drag sehingga 7kg.
-
Sistem brek Magforce-Z cast control untuk
kawalan balingan yang lebih lancar.
-
8 alas bebola ( 2 CRBB, 5 stainless steel, 1
roller bearing).
-
Knob I-shape yang lebih selesa ketika membuat
karauan.
Terdapat 2 jenis Tatula Type R yang dikeluarkan oleh Daiwa
untuk kali ini iaitu Ratio 6.3:1 dan juga 8.1:1. Dengan adanya 2 ratio berbeza,
pengguna dapat memilih untuk kegunaan yang lebih spesifik bergantung kepada
jenis gewang yang digunakan. Untuk ratio yang lebih laju 8.1:1, penggunaan
gewang permukaan dan juga ‘jerkbait’ sangat sesuai untuk digunakan manakala
untuk 6.3:1 digunakan untuk gewang selaman dalam.
Perbezaan ketara antara dua ratio ini adalah gear utama dan
pinion gearnya. Gear pada 8.1:1 besar sedikit dari 6.3:1 dan mempunyai gigi
gear yang lebih halus untuk menghasilkan kelajuan yang dikehendaki. Gear 6.3:1
pula lebih kasar giginya memastikan karauan gewang selaman dalam lebih terasa
ringan.
Tiada bearing pada spool seperti kekili model Daiwa yang lain. |
Perhatikan perbezaan saiz gear utama dan gigi gear. |
Karbon drag U.T.D. |
Rekaan handle yang dapat mengurangkan berat. |
Selesa ketika berada di dalam genggaman |
Dua set kekili sudah mencukupi apabila menduga perairan air tawar Malaysia |
Nice review! Since u have both 6.3 and 8.1 ratio reel, i would like to ask u something.
ReplyDeleteAre both the main gear and pinion gear interchangeable? What i mean is, can i put 8.1 main gear and pinion gear into the 6.3 body? and the other way round?
Thank u 4r ur Posting......Kindly visit @ upsc coaching centre in chennai
ReplyDelete