Monday 9 March 2015

Review – Daiwa Tatula Type-R


Pengenalan
Sebelum ini Daiwa telah mengeluarkan beberapa siri kekili baitcaster Type R seperti Alphas, Zillion dan PX68 (Pixy) dengan membuat beberapa perubahan pada model asal. Kini Daiwa kembali dengan Type- R yang lebih ekonomi dan sistem yang lebih baru iaitu dengan menghasilkan Tatula Type-R. Sistem TWS ( T-wing System) telah diperbaharui dari segi fungsinya berbanding Daiwa T3 sebelum ini untuk memastikan lontaran gewang akan lebih jauh.

Daiwa mengeluarkan Tatula Type-R dengan dua kelajuan berbeza untuk penggunaan gewang yang lebih spesifik.



Penampilan
Daiwa Tatula Type-R mempunya warna hitam yang agak menarik dan lebih mudah dipadankan dengan apa juga joran. Dengan kemasan warna merah pada ‘spool tension control knob’ dan spool menambahkan lagi seri Tatula yang sesuai dengan gelaran Type- R yang diberikan.  Logo Type-R itu sendiri sudah pastinya menarik perhatian pemancing. Menggunakan swept handle 90mm dan knob yang lebih besar untuk pegangan yang lebih kemas semasa mengarau. Frame dan side plate Daiwa Tatula Type-R ini diperbuat daripada aluminium bagi mengurangkan jumlah berat keseluruhannya.

Perbezaan Daiwa Tatula Type R. (kanan ialah Daiwa Tatula untuk pasaran japan (JDM))


Sistem bukaan TWS (T-Wing System) . Sebelum menekan ‘release button’ 

Apabila ‘release button’ ditekan dan bersedia untuk melontar. Bukaan yang lebih luas pada ‘line guide’ membolehkan lontaran yang lebih jauh dilakukan.


Ciri-ciri
-          Menggunakan sistem TWS yang melancarkan pengeluaran tali semasa lontaran.
-          Drag karbon U.T.D ( Ultimate Tournament Drag) menghasilkan kuasa drag sehingga 7kg.
-          Sistem brek Magforce-Z cast control untuk kawalan balingan yang lebih lancar.
-          8 alas bebola ( 2 CRBB, 5 stainless steel, 1 roller bearing).
-          Knob I-shape yang lebih selesa ketika membuat karauan.

Terdapat 2 jenis Tatula Type R yang dikeluarkan oleh Daiwa untuk kali ini iaitu Ratio 6.3:1 dan juga 8.1:1. Dengan adanya 2 ratio berbeza, pengguna dapat memilih untuk kegunaan yang lebih spesifik bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Untuk ratio yang lebih laju 8.1:1, penggunaan gewang permukaan dan juga ‘jerkbait’ sangat sesuai untuk digunakan manakala untuk 6.3:1 digunakan untuk gewang selaman dalam.
Perbezaan ketara antara dua ratio ini adalah gear utama dan pinion gearnya. Gear pada 8.1:1 besar sedikit dari 6.3:1 dan mempunyai gigi gear yang lebih halus untuk menghasilkan kelajuan yang dikehendaki. Gear 6.3:1 pula lebih kasar giginya memastikan karauan gewang selaman dalam lebih terasa ringan.

 Tiada bearing pada spool seperti kekili model Daiwa yang lain.

 
Perbezaan pada bahagian dalam. Hanya berbeza pada saiz gear utama dan gigi gear sahaja.


Perhatikan perbezaan saiz gear utama dan gigi gear.
Karbon drag U.T.D.

Rekaan handle yang dapat mengurangkan berat.





Selesa ketika berada di dalam genggaman

Dua set kekili sudah mencukupi apabila menduga perairan air tawar Malaysia




2 comments:

  1. Nice review! Since u have both 6.3 and 8.1 ratio reel, i would like to ask u something.
    Are both the main gear and pinion gear interchangeable? What i mean is, can i put 8.1 main gear and pinion gear into the 6.3 body? and the other way round?

    ReplyDelete