Sunday 21 October 2012

Bukit Tabur East Side

Tarikh : 21 Oktober 2012

Kali ni aku try panjat Bukit Tabur East pulak... macam lah pernah gi west.. Dengar cerita ada trek mencabar dan view cantik. Thanks kepada Amzari yang sudi jadi guide. Jalan dia senang nak ingat.. sekali pergi kompom leh ingat. Kalau tak ingat gak mesti banyak makan semut tu..
Janji pukul 7 dah ada kat sekolah Melawati, pastu ada sapa tah budak tu bangun lambat (sumpah bukan aku..) ... Guide pulak yang kena tunggu.. so dalam pukul 8 baru start panjat.. eh.. baru turun kereta.. Pas tu terus panjat..

 
Permulaan jalan mencabarlah juga, tapi teduh.. 




Trek ni orang kurang sikit yang panjat, berbanding sebelah satu lagi.. sebab jalannya agak menegak, mencabar dan orang kata keras (banyak batu). Semasa perjalanan ada juga terjumpa kakak-kakak bertudung yang panjat laju gila.. dia kata dia ke sini tiap-tiap minggu (aku rasa lah...) Ada 4 puncak semuanya.. Puncak yang last paling mencabar... so kena berhati-hati... kalau jatuh, kompom ke alam barzakh.

 
Mr guide, dah dua tahun pencen.. tapi kena paksa jugak tunjukkan jalan.. 


Eksen je ni.. tak ada pun trek macam ni..
Kata guide .. Longest Quartz-Rich Ridge in the world




 
Pit stop pertama, view ke KL. ponek ponek... ni pun dah berpeluh... jauh lagi nak sampai neh..
View empangan Kelang Gate
Selalu bawak bot je kat bawah tu, ari ni try tengok dari atas pulak..
Best panjat-panjat ni, mesti ada dapat kawan baru.. 
Alamak tingginya...

Gilo ko jang...
Melompat di puncak terakhir.. konon-konon dah suksess la..

Empangan Kelang gate, nampak jugak beberapa bot tengah meronda kat dalam tu.. bukan pemancing tu.. situ tak leh mancing kan...


Kena sampuk kot budak dua ekor kat belakang tu...


Kalau gayat jangan lah bergambar kat sini.. bawah tu gaung bapak punya dalam
Nak balik turun dah... ada sapa-sapa nak ke sini aku boleh guide... (untuk gadis sahaja..)

No comments:

Post a Comment