Sunday 28 October 2012

Gunung Datuk, Rembau

Tarikh :  28 Oktober 2012
Lokasi : Rembau, Negeri Sembilan

Minggu ni panjat gunung datuk pulak... nak dapat pangkat datuk tah bila... nak jadi atuk pun lambat lagi... so mengatukkan diri jelah yang mampu.. Bertolak dari Linggi pukul 6.45am dan sarapan di Pekan Rembau.. Maju dah Rembau ni.. ada stesen LRT! 
Nak naik Datuk kena bayar rm5 dan daftar nama di pondok pendaftaran berdekatan parkir. Lepas tu bolehlah terus berjalan ke puncak. Gunung Datuk dibuka 24 jam (mcm 7e). Kalau berani naik malam la.. boleh tengok pokok-pokok glow in the dark macam cite avatar tu... tak pernah try.. dengar ada orang cerita je.

Start jalan dari sini, trek mudah dan tidak menyesatkan. Ikut sahaja jalan yang ada.. panjat dan panjat sampai ke puncak.
 Trek naik ke puncak agak menegak pada awal pendakian, tengah pendakian dan akhir pendakian.. so kesimpulannya, trek ini adalah menaik sahaja.. sesuai untuk test power lutut dan otot-otot kaki. Kalau dah biasa naik atas ni.. memang kacang.. Bagi yang tak pernah naik macam aku.. dah abis makan kacang sebungkus pun lum sampai lagi.. Target masa untuk beginner naik sampai ke puncak adalah 2 jam... 

Laluan yang lapang dan redup






Masa ni trek kering dan selesa, kalau hujan mungkin lebih mencabar kasut anda..



Adik ni dah 10 kali panjat Datuk, aku dah nak jadi atuk baru nak panjat.. demm..




Matahari dah menegak baru sampai puncak.. memang panas la kan.. 





Puncak sebenar adalah kat atas batu tu.. baru boleh nampak Tampin...


Dari puncak boleh nampak Rembau, Linggi, Pilin, Tampin, Lubuk Cina dan Selat melaka.. kalau cuaca baik boleh nampak Indonesia...

Wow!!! ada view menarikk.. hehehe
  

Boleh nampak kapal kat Selat Melaka kat hujung sana


Ketinggian sebenar Gunung Datuk, 2336kaki.



Nak turun ambil masa satu jam sahaja...

Buat-buat gayat tak pernah tengok ulat gonggok pulak... booooo...

Huh.. terlipur gak hati bila dah sampai bawah.. makan wehh laporr

Ini kupang...ada dijual ditepi jalan Rembau-Tampin... bungkuskan tiga kak!!... saya nak wat nyanyi...

Sedut rokok rm10.20 sekotak.. sedut siput rm9.00 sekilo..

Cendol pekan Linggi, dah abih la pulak...

No comments:

Post a Comment