Monday 22 October 2012

Melawat kampung wang wang.. ( Plabuk Hatyai)

Tarikh : 29-30 September 2012

Sejak dua menjak ni, rasa nak pergi Hatyai terpaksa dilupakan sekejap sebab ada kejadian hotel di BOM!! gile woi.. jangan cari pasal.. tapi selepas suasana semakin aman, ramai pulak kaki-kaki ke Hatyai pulang dengan selamat, kami membuat perancangan singkat dan 10 orang bersetuju untuk menyertai trip ini. Tujuan utama, menjahanamkan pancing..



Pintu masuk utama ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, kalau tak ada passport boleh cuba masuk ikut jalan tikus..



Fuhh.. lega.. suspen lalu kat sini... 


Atuk sapa lak tu .. entah lah.. aku bergambar sebab nak kasi nampak real dah sampai Thailand.. (Danok)
Tu ada no phone bilik kalau nak sangat tido kat Dannok.. tak mau tak mau.. aku ada tujuan lain...











Group pertama sampai ke sini, mesti pekerja dia menyumpah sebab belum time bukak lagi kami dah hon hon kat luar.

Selepas sesat sebab terlupa jalan ke kolam ni. Siva (Driver) pun boleh lupa.. sebelum pergi kemain cakap.. ingat ingat .. Akhirnya kami jumpa juga tempat yang di cari.. lepas ni kalau pergi aku rasa sesat lagi kot.. mana tah jalan dia bawak.. malas nak ingatkan jalan.. nanti tak pasal-pasal aku pergi sini sorang-sorang merempit naik superbike aku pulak. oh lupa.. tadi ada terjumpa orang menjual hidung dan telinga di tepi jalan.. tak sempat kuarkan kamera.. kalau tak kompom jadi cover page!

Semasa di kolam ini kami mengambil pakage memancing siap dengan umpan dan tukang bancuh.. gila lah nak bancuh dedak sebaldi.. mau tangan seminggu tak hilang bau dedak.. so pengambilan tukang bancuh dedak adalah pilihan yang bijak. Semua adalah hasil bahasa isyarat antara kami dengan pemilik kolam yang sepatah haram tak tau cakap selain bahasa Thailand..
Baling makan, baling makan, nak cerita apa pun tak tau.. tapi kalau balingan sampai ke hujung .. ataupun paling-paling busuk pun 10 kaki dari tebing.. 97% ikan akan memakan umpan anda.. 3% lagi mungkin dedak dah berkecai sebelum jatuh ke dalam air. Dipendekkan cerita semua merasa menarik Plabuk kolam ni.. besar dengan kecik je... nak tengok gambar ikan.. tunggu kat majalah Pancing. 




Cuaca kat sini panas, bahang dan tidak berangin,, aku pulak gatal pakai serba hitam, kulit pun hitam.. memang pakage terbaik.



ni bukan eksen je.. memang Plabuk kat sini kuat macam badang..


abg ni tarik ikan selamba je.. biasa tarik kobau dia ni..
Bob dresar, ditakuti kanak-kanak di sekitar Batu Gajah (tukang sunat orang dia ni)

 
Selepas puas menarik Plabuk di Hatyai Fishing Sport, kami terus ke Floating MArket.. beberapa km dari bandar Hatyai. Dengan tak mandi dan badan berbau plabuk+peluh+dedak, kami dengan selamba bersesak-sesak dengan gadis-gadis yang sedang sibuk membeli makanan di sana.. Kalau balik hotel, mandi pas tu baru nak datang.. jadi macam tahun lepaslah.. tak datang terus... Selesai makan dengan kenyang baru balik bilik, mandi dan keluar balik shopping.. tak beli apa pun.. sebab macam best lagi bersopping kat KL.
Lepas pancing terus pergi floating market.. makanan, minuman, barang-barang tiruan memang murah.. pompuan? erkk.. entah.. tak tanya pulak



,
Kalau nak ke sini pasti kan perut betul-betul kebulur, boleh pergi semua perahu.. makan semua benda, lepas tu meninggal..

Sotong tu memang A, tiga kali aku ulang beli sotong tu..Mula-mula beli sebab nak try... eh sedap... beli kali kedua .. kali ketiga sebab nak makan kat hotel...



Jalan-jalan di bandar Hatyai, yang pink pink kat belakang tu.. kedai akuarium.. ikan kat dalam tu sungguh jinak dan mesra pelanggan.


Banyak orang Malaysia kat sini, dah macam lepak kat Chow Kit.. Harga tak murah macam kat floating market.


Sapa yang posing ni.. yang bergambar ke.. yang tukang amik gambar?? - dah nak balik dah.. yeaa...-











Hari terakhir, soping lagi.. boring-boring.. aku berjaya membeli tali pinggang berperisa chewing gum je selai.. Adeh jauh pulak rasa nak balik.. Hatyai-Danok-Sungai Petani-KL..


Beberapa keping gambar lagi dari Panasonic Lx5.


Orang kata malam kat Danok lebih meriah dan bewarna-warni.. orang kata.. nak kena try kot..


Kebanyakkan makanan kat sini halal.. dah yang jual pun pakai tudung.. takkan tak halal kot..


Ini adalah bekas air, harganya rm2 sahaja termasuk air yang sedap-sedap.. cuma ais dia byk.. boleh beku otak.


Floating market west, dia macam bukit tabur gak ada east west.


Mak.. tolong antar duit. kat sini banyak periuk cap Zebra murah-murah


Tuk-tuk, pengankutan utama di Hatyai, tak pernah lagi naik.. mungkin next trip.


KAt sini tak wajib pun pakai helmet, tak pakai dikira tak berdosa.


Syurga membeli belah, aku rasa dah macam neraka je.. panas!


ayang.. i tak tipu.. tom tak bawak gi tempat terlarang, dia bawak gi pancing je.. tak caya tanya parang..


Sopin sakan ye makcik,








No comments:

Post a Comment