Wednesday 20 November 2013

Berkayak Di Sungai Relau

Sungai Relau terletak di Merapoh, Kuala Lipis dan berada berdekatan dengan Gunung Tahan. Walau bagaimanapun masa trip ni, aku tak nampak pun gunung tahan. Mungkin terlepas pandang atau tak tau yang mana satu puncaknya.
Trip ini agak mahal! RM900 satu kepala selama 3 hari dua malam tak siap makan! Makanan beli sendiri, masak je boatman akan bantu. Setiap satu scanoe, hanya seorang je pemancing. Sorang lagi boatman yang akan mengemudi scanoe menghilir sungai.

Kete kuat ni! 
Trip bermula di sini, memula kena naik 4wd masuk ke hulu sungai.. dekat je pun.. jalan pun tar
tipu lah! tak de line pun. Ada.. mungkin tak bape nak kuat.. 
Nak daki Gunung Tahan pun akan ikut trek ni
Dah sampai, kena angkut scanoe ni turun ke sungai pulak
Add caption
Sesuai naik 2 orang je scanoe ni.. dengan barang-barang lagi.
Turunkan bot je dah ada lubuk
Tengas daun sambar skitter pop
Jimok dan kena bujuk selepas beberapa minit mendayung.. 
serius bona kau jang!
Pandai pun senyum
Kejor yeop kejor
Punya lama aku cast kat situ, Shazli datang sekali cast je terus dapat bujuk!
Semasa lewat petang hujan pun turun dengan lebatnya. Disebabkan mengantuk tido gak la dalam hujan dan sleeping beg yang basah. Bila bangun tengah malam tengok air sungai dah naik mendadak. ayokk

Kepala air sudah turun, nasib baik basecamp atas bukit. Kalau buat kat bawah tu mungkin kami dah hanyut sampai Lipis.
Air keruh monung yo lah
Basecamp hari kedua
Air masih keruh pada hari ketiga, tapi boleh lagi la nak mancing
Fuh,, abg parang tengah fight ikan. Pusing reel macam pusing stereng benang merah
Sudah masuk kayu! Nasib baik landed akhirnya
Papahal pakai spek dulu.

Pandangan dari sudut yang berbeza
Sebarau last minit! Jadilah nak
Macam comel je.. macam uban je... 
Tengah duet sandarkan pada kenangan 
Terpaksa balik naik moto tayar 4 ni.. 4wd tak lepas masuk
keluar hutan terus jadi gorilla

No comments:

Post a Comment