Thursday 2 January 2014

MRSMJ 88

13 Disember 2013
Selepas berjaya mengumpulkan beberapa kawan lama di laman whatapps (boleh ke panggil laman? ), beberapa rakan dari luar KL setuju untuk datang untuk berjumpa. Untuk lebih santai dan nampak lebih rock, kami memilih untuk layan Live Band yang juga dimainkan oleh salah seorang dari kami, Rafazie Rahman (RR). Nanti aku ceritakan sikit pasal dia ni.
Mandolin Glomac adalah lokasi perjumpaan pada jumaat malam tersebut. Aku yang kerja dekat dengan Glomac ni pun tak perasankan tempat ini. Maklumlah dah lama tak layan Live Band sebegini. Tempat yang senang nak cari (gua kan budak Subang Jaya) tetapi ada juga yang sosek barat sampai ke Glomac lain walaupun menggunakan Waze.
Ngam-ngam live band start semua dari kami berjaya datang, adalah sorang dua lagi masih sesat tetapi jumpa juga akhirnya. Bermula dengan beberapa lagu klise live band, memang layan dan gaya mainan gitar RR pun dah banyak berubah dan mantap. Mengepalai Project N9 lagu yang dimainkan semua kami layan. Nak borak sangat dengan rakan-rakan lama pun tak berapa boleh sebab bunyi muzik sudah tentu lebih kuat dari suara aku yang soft spoken ni. Dapat lah bertanya kabar sedikit-sedikit.
Ada antaranya sudah tak jumpa lebih dari 20 tahun. Lama Toq.. Aku pun dah lama tak contact mereka semua ni. maklum lah aku sibuk mengejar kekayaan dunia walaupun tak juga kaya.
Berbalik kepada live band tadi set kedua juga mendendangkan lagu-lagu yang kebanyakkannya kami tahu untuk menyanyi bersama-sama (sing a long ). Set ke 3 paling best, masa ni RR dan kami semua dah buat Mandolin macam rumah sendiri apabila Project N9 mula menyanyikan lagu-lagu yang sudah lama terpahat di hati masing-masing. Lagu yang masa tu mula baru nak belajar main gitar dan kami masih hafal liriknya. Apo lai.. menyanyilah kami sampai sakit tekak. Tak ingat dah orang lain kat belakang, tah layan tah tidak .. tak pasti lah.. Aku memang duduk depan fokus apa yang didendangkan.
Selepas mini konsert kami terus ke Bangsar pekena nasi lemak dan masa ini barulah dapat berborak dengan lebih aman dan fokus

Jun 1988
Aku masa ni masih lagi naif, masih lagi anak mak dan makan KFC pun tak pernah. Malam nak ke MRSMJ aku cuba tidur di katil bujang kononnya nak ambik feel dan test ke bawah ke tak pagi esok. Paginya kalau tak silap ibubapa menghantar aku ke Jelebu naik kereta buruk abang aku. Masa ini aku tak fikir apa pun pasal sekolah ni. MRSM? sekolah apa ni? yang aku tau dia sekolah asrama. Aku pulak masa tu tak pernah ambil tahu apakah itu sekolah asrama. Ikut je kehendak orang tua yang ingin aku berjaya masa itu. Selepas daftar dan diorang semua dah balik bermulalah kehidupan aku sebagai seorang budak asrama yang tak tau apa-apa.
Pelik jugak pada awalnya, sebab tak nampak pun pelajar perempuan yang daftar masuk. Aku yang memang meminati kaum hawa ni dari dulu tertunggu-tunggu jugak kot-kot ada gadis hot yang duduk kat sebelah meja nanti.
Tiada gadis rupanya untuk batch tahun 88, hanya 34 jejaka yang bakal menggegarkan dunia sahaja menjadi teman sepanjang kami di sini nanti.
Pada hari-hari awal aku  seorang yang pendiam dan tak pandai hendak berkawan lebih banyak mendiamkan diri sahaja. Ada yang dari sekolah sama nampaknya lebih selesa kerana ada rakan untuk berbual. Aku yang bahasa N9 masih "pokek" masih terkial-kial mencari kawan untuk bersembang. Mungkin bukan aku sorang, yang lain pun macam tu jugak. Mujurlah ada orentasi yang sangat berguna untuk orang-orang macam aku ni. Seminggu masa berjalan rasa seperti setahun aku lalui dengan tabah walaupun sebenarnya tak rela. Kepala masih ingatkan kawan-kawan kampung dan mak. Kesin juga aku time tu nak kena belajar basuh baju sendiri, bangun pagi semayang subuh, pergi kelas, makan dalam tray.. semua tu aku tak pernah buat..
Hari ke hari bulan ke bulan aku berjaya gak membiasakan diri dengan kehidupan asrama. Dengan senior yang baru tua setahun tetapi rasa macam dah tua sangat membuat aku meluat je masa tu.. Nasib baik akak-akan senior ramai yang cun.
Tahun 88-90 ni memang rock tengah naik dengan kemunculan beberapa band yang adanya masih kekal sampai kehari ni. Dengan aku-aku pun dengan tidak semena-mena menjadi rock. Masa ni tak ada seluar mambang ataupun topi new era. Yang ada cuma seluar ketat seketat ketatnya. Semua seluar nak modified kasi kecik. Ketika ini kedai alter seluar memang buat duit. Yang peha besar batang kelapa sawit tua pun nak jugak kasi ketat.. yang penting ROCK! Memang cerita yang dimoviekan oleh Mamat Khalid banyak benarnya. Memang macam tulah kehidupan seorang rokers ketika itu.
Dipendekkan cerita apa yang berlaku 20++ tahun yang lalu masih lagi dalam ingatan. Aku tak ingat sangat secara detail. mungkin terlalu byk beeg. Tapi masih ingat lah dikit dikittt...
Dari apa yang dapat dilihat selepas berjumpa di Mandolin tempoh hari, sebenarnya korang tak banyak sangat bezanya. Bila duduk lelama nampak tak ada beza pun. Rafazie tetap Rafazie, tonik tetap tonik... adlee tetap apek .. begitu juga dengan yang lain-lain. Mungkin fizikal ada perubahan.. ada yang kembang ke tepi.. ke depan.. ke belakang aku tak pasti.. Ada juga yang maintain.. aku tanak cakap sapa.. nanti orang cakap angkat bakul pulak.
Semua nampak gembira dan telah menjalankan kehidupan pilihan sendiri. Semua berjaya dengan cara tersendiri. Aku tak sempat nak interview korang semua kerja apa.. buat apa.. dalam akaun ada berapa banyak kosong kosong kosong... semua tu tak penting.. korang masih sihat pun dah ok. Yang penting semua masih berkawan walaupun sepanjang tak berjumpa mungkin korang dah ada beribu kawan lain. Mungkin ada kawan rapat lain yang mempunyai minat atau kerjaya yang sama.. main golf barangkali? atau racing secara halal di litar sepang? semua tu tidak menjejaskan brotherhood 88 yang dilaung-laungkan oleh Rafazie.
Secara ringkasnya aku ceritakan sikit-sikit apa yang aku ingat pasal bro bro gambar diatas. maaf kalau ada terlupa. kutuk pun aku selamba.. cuma nak bagitau apa yang aku ingat.. sementara masih ingat... 



dari kiri
Faiz Karim
Fizikal dia paling banyak beza. Dulu kalau aku lempang mau masuk longkang.. sekarang dah sama tinggi dengan syiling eskelator E-curve ke basement. Masa awal 2000 aku selalu jugak jumpa Faiz. Dia pun duduk Seremban dan selalu bagi rokok Malboro free walaupun 2 kotak je. Lepas aku ke KLCC mula jarang contact.. Phone dia pun lambat canggih jadi  menyukarkan aku nak contact dia.

Rozan
Antara yang selalu jumpa aku jugak lepas sekolah. Pernah kerja main-main sama sama.  pernah gak lepak kat UITM Arau sampaikan kawan-kawan aku pun kenal Rozan. Lepas dapat kerja tetap kat Sarawak dah makin kurang contact. Mungkin phone dia kurang canggih juga barangkali.

Adlee
Yang aku ingat pasal Adlee ni Shiela Majid. Peminat tegar S.M walaupun masa tu orang sibuk dengan ROCK. Dia juga ada keyboard.. kagum siot aku masa tu.. Juga ada SLR yang sangat rare ketika itu. LAst jumpa masa dia kawin awal 2000.. tak pasti tahun berapa..

Azrul Ryne Ayub
Budak somban ni poyo lah.. dia cakap KAY ELL .. hahaha. yang aku ingat Ryne ni main bola untuk n9 sebelum masuk MRSMJ. bawah 12 tahun barangkali. Aku memang dari kecik tak minat bola sampai sekarang.. nak kata kaki bangku pun aku tak kisah.. Sampai sekarang aku pelik kenapa orang suka rebut bola ramai-ramai. Mungkin aku lebih suka dengan bola sendiri. Kau dulu rock tak Ryne? Dengar cerita sekarang dia berusaha untuk jadi drummer.. gud luck bro.

Muhaimin
Budak kelantan yang pandai cakap n9. Masa mula daftar dia punya pekat kelantan perghh.. memang tak pernah keluar dari kelantan agaknya. Walaupun tak berapa nak tinggi. Dengar cerita dia dah menjawat jawatan tinggi kerajaan. Harap jangan makan duit sawit  banyak sangat ye.. Masa UITM Arau pernah juga belajar sekali. tapi tu lah last.. lepas tu tetau sekarang dia dah minat menunggang kuda padi pulak.. macam-macam la ko ni min.

Tonik
Tonik yang aku ingat dia ni agak masuk air masa dulu-dulu. Masuk air macam mana tu aku tak pasti.. tapi ada lah.. Nasib baik ko sihat sampai sekarang tonik oi.. huhuhu..  sekarang rambut dah kurang je aku tengok... mungkin banyak fikir pasal lampu LED. Tonik ni tak ada yang special sangat yang aku nak ingat pasal dia.. tapi dia sentiasa ada sampai aku form 5.
yang pakai baju mucky pup tu aku.. tak yah nak cerita sangat ... nanti mesti aku jadi yang paling best antara korang semua ..

Rafazie Rahman
Dia ni kalau orang tak  kenal memang nyampah gak la. Boleh tahan poyo masa sekolah dulu. tapi yang peliknya aku baik dengan dia. Dia pandai main gitar pun sebab aku yang ajar dia dulu.. betul toq.. tak tipu... Badan dia yang besar membuatkan orang takut nak bergurau dengan dia ni.. silap-silap kena tumbuk. Dia dengan Awie Wings sama je lebih kurang... Masa kat Jasin pun dia masih baik dengan aku dan masih lagi minat main gitar. BEgitu juga masa kat UITM Shah Alam. Aku boleh satu bilik pulak dengan dia pulak tu. Tapi masa ni dia sombong sebab kos dia banyak awek-awek cun.. bukan nak kenal kan dengan aku pun. Aku pulak time tu dah mula jumpa kawan-kawan lain dan mula bawak haluan masing-masing lepas abis belajar..

Faris Adil Omar Sudi
Budak KL yang tercampak ke Jelebu. Majalah Pesta yang famous masa tu buatkkan dia pun ikut glamer. Itu je aku ingat pasal ko Faris... hahaha sorry sooryyy... beeg beeggg...
Jailani Muda
Budak Kuala Berang yang juga baik gak dengan aku masa sekolah. Rasanya biasa isap rokok sama-sama. Lagi satu dia ni pandai panjat pokok kelapa.. so kalau haus suruh di je panjat.
Pegawai Kerajaan jugak dia ni.. tapi dia ni macam Mael Lambung.. kerja lurus.. tengok je la janggut.. memang kontraktor takut nak dekat.

Syamsir Aiza
Budak somban gak ni.. Dulu dia player sepaktakraw N9 tau,, tapi dia tak sepak reporter lah macam senior aku sorang tu. Lama gak tak jumpa.. Last jumpa masa kat Seremban dengan Faiz karim pergi kenduri yang ada  Wardina Safiyyah sekali tu.. Last jumpa tak sembang sangat pun.. 


Khairul Azizi Alam
Makin lebar aku tengok Jiji ni. Dulu punya la kurus dan selalu rasa dirinya hensem.. Menyampah tul. Budak johor tapi tak pasti jawa ke tak. Selalu bawak roti gardenia sedap dimakan begitu sahaja balik asrama. Pasal roti pun aku kagum masa tu. Punyalah jakun budak londah ni.. Yang aku ingat Jiji pernah kena gelek kaki dia dengan kereta sebelum masuk MRSMJ. Last jumpa kat UITM shah Alam gak kot.. dia ambik mass com.. eh ada sekali jumpa masa lepas belajar kat shah alam jugak. Tak pasti rumah sapa. Tonik kot? Sekarang dia dah jadi boss kat Karang Kraf.. ada kerja kosong tak Jiji?

Kechik
Kechik yang tak berapa nak kecik sekarang ni. Aku tak bape ingat sangat cerita ko la kecik. tolong ingat kan aku nanti. sebab ko ingat banyak benda. 

Irma Syahnaz
Masa aku tengok list nama 34 pelajar pelik jugak ada nama perempuan masa tu.. IRMA. Sekali tengok..  dia lah yang paling jantan sekali. Bulu penuh satu badan macam gorilla. orang tak de misai.. dia dah ada janggut dah.. Suka sangat cerita pasal ikan paus belakang rumah nenek dia kat Alor Gajah. Dia pun berangan nak jadi rockers gak masa dulu. Seluar dia ketat sampai nak putus benang.. tapi bila aku pakai jadi seluar baggy pulak..
   Kalau nak cerita sorang-sorang memang banyak, panjang ... dan aku pulak dah banyak lupa.. Lepas Mandolin tu banyak juga pertemuan lain yang aku tak dapat nak join. Masih ada 20 orang yang masih belum sempat nak jumpa.. mungkin satu hari nanti kita jumpa semua ye bro bro.. Kepada yang dah jumpa harap dapat jumpa lagi lepas ni.. Jangan sia-siakan teknologi yang ada dihujung jari.



   
       

x

No comments:

Post a Comment