Wednesday 8 January 2014

Cover Page part 2 - Teknik/etika mengambil gambar (special dedicated to Anep & Ayie gdex..lee tomato sekali)

Best macam mana ikan ko..besar mana..rare mana pun tapi kalau gambar cam sampah memang tiada gunanya. Makin jauhlah cita-cita nak duduk sebelah Nora Danish.  Sebab tu aku nak tekankan dalam episod 2 sinetron ni bahawa gambar yang cantik itu penting. . Sangat penting. Tak yah la berangan gambar cantik sampai macam National Geografi tu sangat. Tak perlu. Cukup sekadar cukup sifat-sifat yang boleh diterima pembaca Malaysia pun dah ngam. Bila orang pegi 7E beli stokin pun tergerak hatinya nak beli majalah bila ternampak cover page muka kau.

Jadi aku bagi sedikit tips/teknik/Etika ketika memancing dan berhajat nak jadi cover page. Jangan percaya sangat 100%. Tapi sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan dan kau akan berfikir luar dari kotak.

1. NIAT - Dari rumah lagi ko kena berniat nak jadi cover page trip itu. Biar la orang nak kata ko poyo atau giler glamour pun lantak lah. Dia pernah masuk pc sebelah rm50 ke nak bising-bising? Dengan niat yang ada kau akan jadi lebih bersemangat dan tidak alpa dan berhati-hati semasa mengambil gambar. Ayat apa tah ni.. Tapi niat kan penting.. dah dapat pahala dah kat situ.

2. FOKUS - ni penting. Dari episod satu aku dah tekankan. Fokus mata ikan..bukan mata aku. Titik fokus boleh berubah terutama masa mengambil gambar dalam bot yang bergoyang. Yang ko gi fokus puting aku pahal lak ni? Tengok di Lcd memang kadang-kadang tak berapa nampak. Nampak sempurna tapi bila tengok kat pc.. tak apa-apa lah difokusnya.. itu pun kot fokus dengan sharp..yang blur memang tekan delete me ubatnya!.
Belajar cara zoom gambar kat lcd tu untuk tengok dengan lebih detail dengan cara paling pantas. Sharp ke tak sharp... ingat.. dengan cepat.. ikan tu penat tahan nafas. Paling teruk fokus objek yang jauh kat belakang... tolong tolong... aku tak boleh terima oiiiii..

Contoh gambar ala-ala pengantin yang baik.. nampak orang belakang sikit.. ikan kasi blur sikit... 


3. KERAT IKAN - elakkan dari ambil gambar ikan terkerat di mana-mana bahagian. Tau la ko nak kerat ikan tu lepas tu. Namun ada kalanya teknik yang kreatif ambil ikan sekerat-sekerat masih boleh diterima akal. Berfikir luar kotak la kononnya. Ye.. mmg boleh.. close up lure atau sisik ikan pun boleh.. tapi ko dah lupa ke.. ko yang nak glamer kan.. ikan kat pasar dah cukup glamer dah.. semua orang kenal ikan kembong yang mana satu. So kau dan ikan kena seimbang. Biar dua-dua glamer walaupun ko busuk sebenarnya.

4. KELAS FOTOGRAFI- Rules of third, golden ratio 1:1.618, golden triangle, golden spiral.. haa.. tak paham kan.. ?? kalau ada kelas fotografi rajin-rajin lah join. Free lagi bagus. Company kaya kan? Gi kelas make sure ikhlas. Jangan sekadar nak penuhkan attendent nanti bonus dapat lebih tapi kat belakang ko sibuk mintak dragon level 5 dengan Affa. Tumpukan perhatian.. mana tau leh ambik gambar aku kawin nanti.

Gambar ni nampak ok masa tengok kat lcd kamera.. 


5. Orang tengah tarik ikan kau masih sibuk nak mancing. Pegi ambik kamera la woi.. yang ni aku sendiri susah nak kawal. Rasukan ikan yang mengena pancing orang lain boleh buat aku hilang akal. Memang betul.. ikan dah naik nanti lah baru ambik gambar cantik-cantik. Tapi kalau masa orang tarik ikan kita masih sibuk nak baling pancing, risiko kawan kita tu tak dapat naikkan ikan agak tinggi. Terbelit tali pancing lain selalu mengagalkan misi. Hati mau bersih. Mungkin hari ni dia punya turn tarik ikan..  cuba hari ko pulak orang buat camtu. Tak ke angin satu badan.. Nora Danish dah terbayang kat sebelah dah time tu.

6. Masa ambil gambar tak perlu nak terlalu depankan ikan nak bagi ikan sekilo nampak berkilo-berkilo. Betul.. impak pada gambar lebih berkesan dan nampak lebih garang. Tak salah ke depankan ikan..cuma tak perlu berlebih-lebihan sampai muka ko yang ensem tu nampak bijik mata je. Dekat cover tu bukan nak penuh kan dengan ikan sahaja.. Logo majalah perlu ruang jugak.. title main story nak ruang jugak. Kalau boleh bayangkan macam mana gambar tu bila jadi muka depan nanti macam mana..  Mendepankan ikan memang sudah lama dipraktikkan. Tapi cuba ejas bagi ia tidak nampak keterlaluan.

Gambar ini bertajuk " aku sedang bermimpi tengok Skyfall bersama kawan-kawan " dalam mimpi memang nampak tak beberapa jelas tetapi rasa macam real je..


7. Ambil gambar dengan pantas. Jgn ambik sekeping je pulak... Pantas bermakna banyak kali snap dalam masa yang singkat. Alasan pertama ialah nak memastikan itu tidak mati lemas kerana terlalu lama di darat. Ini tak bape penting sangat sebab tak ramai dah sekarang ni nak CNR. Cnr dalam perut lagi bagus katanya.
Yang penting ialah alasan kedua. Lagi cepat ambik gambar..lagi cepat orang yang dapat ikan tu berehat.. penat beb tarik ikan besar.. pas tu nak dukung pulak ikan sebab ko sibuk nak snap banyak-banyak kali..tukar- tukar posing lah.. apa ingat ambik gambar pengantin ke apa. Bayang kan kalau seekor ikan ko nak snap sampai 100 keping. Apa jadah. Orang pegang ikan kompom rasa nak.lempang ko laju-laju. Snap je beberapa keping gambar yang berkualiti sudah cukup..yang penting ilmu fotografi tu. Ambik gambar terlalu banyak ni menunjukkan pada orang lain ko tak yakin dengan kualiti gambar yang diambil. Atau senang cite tak pandai ambik gambar.

8. LAst. bila apa yang ko pakai memang dah ngam.. baju cantik.. seluar Uniqlo.. croc ikut kaler jam.. ikan besar, gambar pulak cantik sangat, dalam kepala pun dah plan nak tulis apa, cerita meletop nanti ni... Boleh kata mengikut semua tips yang budak Londah tu tulis.. Kau akan melalui stage terakhir. Pemilihan oleh juri! Ketua juri biasanya akan dipengaruhi juri awam. Juri awam pula akan cuba mencari kesilapan ko walaupun sekecil kuman. Masa tu perkara lain memain kan peranan. Kena tengok jugak muka ko bape kali dah keluar muka depan. Kalau bulan lepas muka kau.. bulan ni pun nak muka kau. Elok buat majalah sendiri je. Jenis ikan pun main peranan, kalau bulan lepas sebarau.. tak kan bulan ni nak sebarau gak . mana tau tiap-tiap bulan ko naikkan sebarau 5 kilo.

LAst yang terakhir.. masa ni lah kelapa sawit memainkan peranan,, hahaha aku acah je.. ini serius.

2 comments: