Tuesday 6 November 2012

Gunung Suku, Perak

Tarikh : 3 november 2012

 Koordinat parking kereta - N04.55522 E101.32335
Koordinat puncak - N04.54264 E101.33379
Tinggi puncak - 5955kaki

3:00am - Bertolak dari Subang
5:30am - Breakfast kat Simpang Pulai
6:30am - Bertolak ke kaki Gunung Suku
7:30am - Sesat sampai ke Cameron
 9:00am - Baru jumpa tempat parking kereta sebelum mendaki.
9:15am - Start memanjat
11:30am - Sampai kat anak sungai sebelum puncak
1:00pm - Sampai puncak
2:15pm - Bertolak turun
5:00pm - Sampai ke parking


Pagi tu selepas balik dari zoo aku terus tido sebab nak bangun pukul 2am dan bertolak ke Simpang Pulai. Lepas sarapan terus bertolak menuju ke kaki Gunung Suku walaupun sebenarnya tak tau pun kat mana tempat tu. Am kata senang je... tepi jalan sebelah kanan dari Simpang Pulai akan ternampak kawasan lapang boleh park kereta kat situ.. tapi malang nya kami terlepas pandang dan  maka itu terlajak lah sampai ke kg. Raja kat Cameron nun.. nak isi minyak paling dekat kat Brincang..tapi setelah bertanya kepada penduduk setempat dapat lah kami membeli minyak dalam botol mineral di tokong cina yang berharga rm4 sebotol. Bolehlah top up nak cari tempat tadi semula...

Kalau dari Simpang Pulai, tempat ni sebelah kanan.. 32.3km dari tol Simpang Pulai



Tak penat punn ...

Trek senang nak cam, menaik je sepanjang perjalanan.. semput woii
Senang je nak nampak trek untuk ke Suku, lepas parking sila cari trek di sebelah kanan. Mesti nampak lorong dan boleh la mula mendaki. Ada pendaki sebelum ni ada menanda cat merah pada pokok, so boleh lah follow je. Sebagai langkah keselamatan, kami juga ada mengikat reben setiap 50m perjalanan.. lebih kurang.. so kalau ada nampak reben oren tu.. ikut yang tu pun boleh jugak.

Kawasan lapang yang boleh dijadikan tempat berehat seketika.. sampai sini pun dah pancit dah..
Trek agak licin dan menegak.. nasib baik tak hujan.. kalau  tak memang lagi lambatlah nak sampai. Tak nampak pacat pun kat sini walaupun tanah lembab..
Nampak puncak dari sini.. lepas ni menurun.. dan naik lagi..
 Kat sini boleh top up air kalau stok dah abis.. lepas melintas anak air ni, trek terus menegak lagi.
Ada punca air terakhir sebelum membuat pecutan terakhir ke puncak

Periuk kera..

Bila dah nampak macam ni.. maknanya dah nak dekat nak sampai lah...

Jalan seterusnya menuju ke tempat gelap tu... berani?

Kawasan ni berlumut lembab.. kalau tak bawak cukup air boleh perah lumut tu..
Kami mengambil masa masa 3jam 45 untuk sampai ke puncak Suku.. Puncak ni taklah lapang sangat, setakat nak pasang khemah 4 biji boleh lagi kot. Dari puncak boleh nampak gunung-gunung lain, tapi masa kami sampai kabus dah mula banyak dan pemandangan agak terhad.. nak cakap puncak gunung apa pun tak pandai.. View di puncak menarik... boleh tengok sekeliling.. kiri kanan depan belakang...
Pemandangan dari puncak Suku

Ada gunung-gunung lain berdekatan

5955 kaki = 181508.4cm

Puncak Gunung Irau.. dekat je tu.. jom!

Pulut Hatyai, Belanak Masin Teluk Intan...

Boleh nampak jalan kat bawah sana..
Lepas makan, rehat sekejap, amik gambar, update FB, kami terus turun sebab hari macam dah nak hujan. Nasib baik tak hujan, sebab kalau hujan mungkin lagi susah nak turun dari nak naik. Turun mengambil masa 2jam 45 minit dan kami terus ke Cameron Highland sebab aku dah gian nak teh tarik.
Rumput ke ulam?



Sambung treking kat kebun teh pulak...

Rumah Tea.. Boleh minum tea kat sini.. kek pisang pun ada jual.. yahuuu...



5 comments:

  1. slm bro....nak tanya sket....kat mane starting point gunung ni sbnrnye....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. starting point dia kat N04.55522 E101.32335, nanti bila sampai sana tengok2 belah kanan ada nampak lorong ... susur lorong tu... nanti terus boleh start daki...

      Delete
  2. Salam..boleh ke join klau ade2 aktvti ag?

    ReplyDelete
  3. TEBING TINGGI BACKPACKER
    MOUNT GUIDE SERVICE
    all over cameron mount
    ANDY : 017-9997790

    ReplyDelete